Breathing Room Sampel

Breathing Room

HARI 3 DARIPADA 5

Sekiranya anda pernah menandakan tarikh hari jadi, mengulang kaji untuk peperiksaan akhir, berkahwin, melahirkan anak, ataupun meraikan hari Natal, maka anda pernah "menghitung hari-hari." Anda mungkin tidak menggelarnya demikian, tetapi anda sedar dengan tepat jumlah hari membeli-belah, hari mengulang kaji, atau tempoh bujang anda sehingga peristiwa besar itu.

Dalam ayat hari ini daripada Mazmur 90, Musa meminta Tuhan agar membantu kita untuk hidup setiap hari dengan kejelasan yang sama semasa kita mengejar tarikh akhir—"Ajarlah kami menghitung hari-hari kami." Apabila tinggal tiga hari lagi sebelum hari Natal dan anda mempunyai hadiah yang belum dibeli, anda tidak duduk menonton wayang sempena cuti. Anda mempunyai keutamaan yang lebih mendesak. Menyedari bahawa masa anda adalah terhad memaksa anda untuk mengehadkan apa yang anda lakukan dengan masa anda.

Sentiasa ada acara yang perlu dihadiri, projek untuk dilaksanakan, jawatankuasa untuk disertai, lawatan untuk dibuat, dan kerja suruhan yang perlu diselesaikan. Ketakutan akan membisik bahawa anda harus melakukan semuanya jika tidak anda akan mendapat susah. Namun, menghitung hari-hari anda seolah-olah menyaringkan semua perkara yang menuntut masa anda. Ia merupakan cara untuk mengutamakan orang dan tugas yang paling penting.

Jawatankuasa yang anda sertai kerana berasa bersalah? Tidak mencapai sasaran. Lawatan kerja yang akan menjauhkan anda daripada anak anda sepanjang minggu? Tidak buat masa ini.

Apabila kita mula melihat masa kita sebagai terhad, kita akan membuat keputusan secara bijak tentang apa, atau lebih penting lagi siapa, yang memberi makna kepada masa saya yang terhad. Musa berkata bahawa kita akan "beroleh hati yang bijaksana." Jika anda mempunyai jadual yang terlalu padat, terlalu banyak komitmen, atau ditenggelami, cuba menghitung hari-hari anda. Akuilah bahawa (walaupun anda berharap untuk hidup untuk beberapa dekad lagi) masa anda adalah terhad, maka, anda mesti mengehadkan apa yang anda lakukan dengan masa anda. Saya jamin, menggunakan saringan akan memberikan anda ruang bernafas yang sangat didahagakan.

Esok, kita akan melihat saringan serupa yang akan membantu anda mewujudkan ruang bernafas bagi kewangan anda. Sementara itu, tanyalah diri: Apakah satu peranan yang anda tidak mahu habiskan masa untuknya lagi?

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Breathing Room

Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh letih. Anda hanya memerlukan sedikit ruang bernafas. Dengan satu jemputan yang amat mudah, Tuhan memberikan anda satu cara untuk menggantikan langkah hidup anda yang laju dengan apa yang akan membawakan kesejahteraan. Pelan ini akan menunjukkan anda caranya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Sandra Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://breathingroom.org