Breathing Room Sampel

Breathing Room

HARI 2 DARIPADA 5

Anda tidak perlu beragama untuk mengetahui tentang atau mengamalkan idea hari Sabat—sehari untuk berehat. Kita menanti-nanti hujung minggu yang perlahan, mungkin tidur, berehat daripada kesibukan kerja. Namun, jika anda hanya memikirkan hari Sabat sebagai hari Ahad yang senyap, anda terlepas bahagian yang terbaik—bahagian yang akan memberikan anda ruang bernafas pada akhirnya.

Mari melihat cerita yang membawa kepada petikan hari ini dalam Keluaran di mana Tuhan memperkenalkan hari Sabat. Orang Israel menjadi hamba di Mesir selama 400 tahun, bekerja sepanjang masa, setiap hari. Kemudian, mereka dibebaskan dan seluruh bangsa berjalan di padang gurun selama 40 tahun. Di sinilah Tuhan memerintah mereka untuk memelihara hari Sabat—untuk berehat sehari pada setiap minggu.

Tuhan memberitahu sekumpulan orang yang bekerja sepanjang masa selama ratusan tahun dan mereka yang kini cuba mencari makanan yang mencukupi untuk memberi makan kepada ribuan orang di tengah-tengah padang gurun untuk berehat sehari. Itu semestinya tidak masuk akal! Jika mereka tidak bekerja untuk sehari, mereka tidak akan makan pada hari itu.

Allah merancang sesuatu. Dalam Keluaran 31:13, Dia menjelaskan bahawa memelihara hari Sabat akan menjadi tanda untuk orang Israel bahawa "Akulah TUHAN…" Tuhan mengatakan kepada mereka (dan kepada kita), Aku akan membuktikan kepada kamu bahawa Aku boleh dipercayai. Aku tahu kamu takut akan kelaparan tetapi Aku akan buktikan, minggu demi minggu, bahawa Aku boleh dipercayai.

Anda mungkin mengetahui cerita selebihnya. Allah memberikan respons terhadap ketakutan mereka akan kelaparan dengan membekalkan makanan harian, dengan manna dan burung puyuh, walaupun pada hari yang diperintah-Nya untuk berehat dan tidak bekerja.

Perintah Tuhan supaya kita berehat sebenarnya jemputan untuk mempercayai-Nya. Apabila kita rasa takut bahawa membalas tidak kepada sesuatu jemputan akan menyinggung perasaan sahabat kita, kita boleh mempercayai Tuhan untuk melindungi persahabatan itu. Apabila kita rasa takut bahawa rumah kita adalah terlalu kecil, kereta kita adalah terlalu tua, atau pakaian kita adalah tidak menarik, kita boleh mempercayai Tuhan bahawa nilai kita tidak terletak dalam bahan material. Mempercayai Tuhan daripada mengetapkan gigi dan berasak-asak melampaui batas kita adalah cara untuk menemui ruang bernafas pada akhirnya dan secara tetap.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Breathing Room

Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh letih. Anda hanya memerlukan sedikit ruang bernafas. Dengan satu jemputan yang amat mudah, Tuhan memberikan anda satu cara untuk menggantikan langkah hidup anda yang laju dengan apa yang akan membawakan kesejahteraan. Pelan ini akan menunjukkan anda caranya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Sandra Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://breathingroom.org