The Quest (Pencarian)Sampel
Kita membuat perjalanan di sini. Bayangkan anda membuat kembara beg galas yang lama dengan seseorang di mana peraturan asas membenarkan perbualan bebas asalkan tiada orang yang menanya sebarang soalan. Bercakaplah sehingga lidah anda kering tetapi pertanyaan tidak dibenarkan. Soalan asas tidak dibenarkan juga, "Apa khabar?," atau "Kamu lapar?" Bertukar-tukar pernyataan adalah mencukupi untuk sementara waktu, tetapi, lambat laun, anda tidak lagi bercakap sesama sendiri. Anda cuma mendengar satu sama lain. Tiada dialog. Ia adalah kata-kata cercaan. Selepas cercaan yang lama, pendengar yang paling baik pun akan berhenti mendengar.
Melainkan rutin melalaikan kita untuk berjalan semasa tidur, berjalan dengan Allah bermaksud memulakan pencarian. Pencarian bukanlah pencarian tanpa soalan. Komponen saling bertanya-tanya sama sekali tidak lebih menarik daripada dalam hubungan dengan Allah. Untuk permulaan, Dia tidak menjawab soalan kita dengan kuat atau menulisnya di langit seperti yang kita harapkan apabila kita menanya-Nya sesuatu. Akan tetapi, Dia telah, menuliskan lebih banyak jawapan pada skrol daripada yang mungkin kita serap sepanjang hayat ini.
Kita telah menentukan lima soalan ilahi yang, jika dijawab, berpotensi menentukur semula dan menghidupkan semula perjalanan kita dengan Allah yang telah menyimpang, menemui jalan mati, atau sudah tidak larat lagi atau kehilangan minat. Mula menghafal soalan ini. Menghafalnya secara berulang-ulang sehingga anda boleh menyenaraikannya dalam mimpi anda. Dua soalan yang pertama ditanya oleh Allah Bapa, dan tiga soalan seterusnya ditanya oleh Yesus, Anak Allah. Beberapa soalan diringkaskan untuk memudahkan penghafalan.
"DI MANAKAH engkau?" (Kejadian 3:9)
"“SIAPA yang memberitahukan?" (Kejadian 3:11)
"APA yang kamu cari?" (Yohanes 1:38)
"MENGAPAKAH kamu takut?" (Matius 8:26)
"LEBIH-LEBIH LAGI ...?" (Lukas 11:13)*
Walaupun anda akan menemui banyak soalan lain dalam perjalanan seterusnya, menjawab lima soalan ini akan menetapkan garis dasar yang boleh dirujuk semasa anda membuat renungan dan penilaian.
Beberapa hari seterusnya akan menjadi sibuk dengan soalan ini. Begini.
Kesan perjalanan ini tidak akan melebih kejujuran anda. Ia akan sedalam sifat berterus terang anda. Tiada apa-apa yang tidak dibenarkan kecuali ketidakjujuran.
Ia akan mematahkan pergelangan kaki anda ketika berjalan dengan Allah.
*CSB, KJV, NASB, dan The Message mengakhiri Lukas 11:13 dengan tanda soal, sementara ESV, NIV, dan NKJV (BM dan TB) menggunakan tanda seru untuk penegasan.
Perihal Pelan
Dalam pelan bacaan 7 hari ini, Beth Moore menggunakan soalan daripada Alkitab untuk memimpin anda kepada keintiman dengan yang Satu yang mengenali anda dengan baik sekali. Tanda baca yang melengkung pada hujung ayat membayangkan sifat ingin tahu, minat, dan mungkin juga keraguan. Satu soalan merupakan jemputan ke arah kerentanan, ke arah keintiman. Alkitab tidak mengelak daripada jemputan tersebut. Berkali-kali kita melihat umat Allah menanya soalan tentang Pencipta mereka. Kita juga melihat Allah alam semesta mengajukan soalan kepada ciptaan-Nya. The Quest (Pencarian) merupakan cabaran untuk menerima jemputan tersebut. Belajar mendalami Firman, memberikan respons terhadap soalan Allah, dan membawa soalan anda kepada-Nya. Biarlah tanda soal menjadi peta yang mengarahkan anda kepada hubungan yang lebih rapat dengan Bapa.
More