Perbualan Dengan AllahSampel
Suara Tuhan tidak selalu kuat. Roh Kudus sering berbisik. Sekiranya Dia menunjukkan kerisauan-Nya secara lembut, memanglah idea yang sangat baik untuk menjauhkan diri dengan segera daripada perangkap yang mungkin. Pada masa yang sama, apabila Dia menyatakan restu-Nya secara diam, kita boleh memilih untuk mentaati dan mengambil peluang secara beriman. Tuhan tidak sentiasa mengulang kata-kata yang muluk-muluk ini, jadi kita mesti memberikan perhatian penuh kepada suara-Nya dan bertindak.
Pada suatu petang pertengahan musim panas, saya telah menerima galakan yang mengubah haluan saya dengan pasti. Beberapa orang anak saya bersekolah di sebuah sekolah Kristian yang kecil di kawasan kami. Seorang ahli lembaga, yang jugalah seorang kawan peribadi, telah memanggil untuk menanya sama ada saya berminat untuk menghadiri temu duga untuk jawatan pengajar penulisan menengah rendah pada penggal persekolahan seterusnya.
Itu sememangnya suatu idea yang tidak dijangka. Saya ingat pertimbangan mental yang berlaku di sebalik bisikan saya melalui telefon itu. Pertama, perkara yang negatif: Saya memiliki ijazah seni. Saya tidak tahu apa-apa tentang penulisan kurikulum. Saya sudah lama tidak bekerja di luar rumah. Mengajar di luar rumah pastinya akan menjejaskan rutin keluarga kami yang stabil. Jawatan ini bermaksud beban kerja yang banyak—boo! Saya tidak tahu hendak bermula dari mana. Mengapakah saya fikir saya akan dipilih daripada para guru yang lebih cekap yang ditemu duga untuk jawatan itu?
Selepas itu kemungkinannya pula: Bagaimana kalau ini adalah peluang untuk membiayai yuran tusyen? Pendapatan yang kecil pun akan membantu belanjawan keluarga. Tambahan lagi, saya suka mengajar dan mahir mengajar. Peluang mengajar di luar rumah adalah cabaran yang dialu-alukan—hore! Jika Allah telah memilih saya untuk jawatan ini, tidakkah kebijaksanaan dan kuasa-Nya akan menyertai tugas ini?
Pada waktu yang kusut itu, Tuhan telah berbicara. Tangan-Nya seolah-olah menekan bahu saya—hanya sekali dan secara lembut. Itu sahaja. Dia telah menunjukkan bahawa menghadiri temu duga untuk jawatan ini adalah jalan ke arah berkat.
Saya diupah dalam masa sebulan. Dalam masa dua bulan, Tuhan telah mendedahkan visi untuk kerja kursus ini. Menjelang bulan ketiga, saya mula menulis kurikulum, berinteraksi dengan pelajar, dan terkejut—bahawa saya amat menikmati proses itu. Sekarang saya sedar bahawa tanpa cabaran ini, saya tidak mungkin memiliki kemahiran atau keyakinan untuk menulis buku tentang doa selepas itu. Banyak orang telah diberkati kerana satu langkah ketaatan ini.
Perihal Pelan
Perbualan dengan Allah merupakan keasyikan menggembirakan dengan kehidupan doa yang lebih mendalam, menekankan cara praktikal untuk mendengar suara Allah. Allah mahu kita menikmati perbualan yang berterusan dengan-Nya sepanjang hidup kita—perbualan yang menghasilkan perbezaan dalam haluan, hubungan, dan tujuan. Pelan ini dipenuhi cerita peribadi yang jujur tentang hati Allah yang menjangkau. Dia mengasihi kita!
More