Perbualan Dengan AllahSampel

Conversations With God

HARI 11 DARIPADA 14

Banyak kali Tuhan berbicara melalui keluarga, kawan, pastor, dan juga penulis yang tidak mungkin kita temu. Sebagaimana Firman Tuhan disampaikan kepada Daud melalui Natan, kepada Ester melalui bapa saudaranya Mordekhai, dan kepada Timotius melalui Paulus, kita boleh menerima kesan yang mendalam kerana dorongan dan contoh orang lain. 

Saya boleh berkongsi banyak halaman kebenaran yang diperoleh daripada duduk di kaki para mentor; sesungguhnya jurnal saya dipenuhi bentuk kebijaksanaan ini, tetapi saya akan membatasi perkongsian saya kepada satu perkara sahaja. 

Beberapa tahun lalu, saya berpeluang menemui beberapa kali mentor saya yang mempunyai wawasan yang terbukti praktikal. Apabila saya bertanya kepadanya tentang kecenderungan saya untuk memegang pucuk pimpinan, kemudian berharap saya boleh berundur, ia menjelaskan bahawa apa yang bermula dengan keyakinan iman boleh hilang menjadi rasa ragu diri. Semangat berkobar-kobar dan memuncak sementara jiwa yang merendahkan diri tergagap-gagap, "Apa yang kamu fikirkan? Kenapa kamu mengambil risiko yang besar itu? Tolonglah, patah balik!" 

Untuk menerangkan itu, ia menarik sebuah kerusi ke tengah-tengah bilik itu dan berdiri di atas kerusi itu untuk mewakili menerima peluang kepimpinan baru. Ia mendorong bahawa apabila Tuhan mengundang saya untuk "tampil ke depan," saya harus mengenakan keberanian yang cukup untuk berdiri secara yakin dan menikmati pemandangan dari kedudukan yang baru itu. Kemudian, jika Tuhan memimpin demikian, saya harus mengarahkan jiwa saya untuk mara ke sisi roh saya yang dipenuhi iman dan bukannya membenarkan jiwa saya untuk mendesak supaya saya berlari tergopoh-gopoh. 

Saya masih mengikuti nasihat ini. Ada kalanya saya betul-betul memasuki sebuah bilik yang mewakili cabaran kepimpinan, meletakkan sebuah kerusi di tengah-tengah bilik dan berdiri di atas kerusi itu. Dari kedudukan itu, saya memandang bilik itu dan membuat renungan tentang kedudukan berkuasa yang Tuhan telah panggil saya untuk terima. Masih berdiri di atas kerusi itu, saya berdoa untuk orang lain dan untuk diri sendiri. Kemudian, secara kuat, saya mengarahkan jiwa saya untuk berdiri atas kedudukan yang baru itu dan bertenang. Saya mengatakan ya kepada Tuhan dan tidak kepada keraguan saya. Nasihat itu telah menjadi kebijaksanaan yang konkrit untuk kehidupan saya, suara Tuhan melalui seorang mentor yang dipercayai.  

Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Conversations With God

Perbualan dengan Allah merupakan keasyikan menggembirakan dengan kehidupan doa yang lebih mendalam, menekankan cara praktikal untuk mendengar suara Allah. Allah mahu kita menikmati perbualan yang berterusan dengan-Nya sepanjang hidup kita—perbualan yang menghasilkan perbezaan dalam haluan, hubungan, dan tujuan. Pelan ini dipenuhi cerita peribadi yang jujur tentang hati Allah yang menjangkau. Dia mengasihi kita!

More

Kami berterima kasih kepada Susan Ekhoff kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.amazon.com/Prayer-That-Must-Power-Conversational/dp/1496185560/ref=sr_1_1?ie=UTF8&qid=1498693709&sr=8-1&keywords=prayer+that+must%2C+the+power+of+conversational+prayer