Bagaimana BerdoaSampel

How To Pray

HARI 3 DARIPADA 4

Allah selalu bersedia untuk mendengar kita semasa kita berdoa. Dia mendengar bila-bila kita bercakap kepada-Nya. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat selalu meramalkan bagaimana Dia akan menjawab doa kita semasa Dia mendengar kita.

Dia mungkin tidak menjawab doa kita pada waktu yang kita inginkan, atau dalam cara yang kita jangkakan. Namun, itu tidak bermakna Dia tidak berkuasa dan sedang bekerja di seluruh dunia ini.

Allah tidak meminta kita untuk mempercayai-Nya apabila kita tidak memahami apa yang sedang berlaku sahaja. Dia meminta kita untuk sentiasa mempercayai-Nya, mempercayai bahawa Dia ialah kawan kita yang mengambil berat terhadap kita dalam cara yang tidak kita ketahui.

Tonton bagaimana Tyler berdoa untuk beberapa situasi yang serius di rumahnya. Beberapa doanya dijawab manakala situasi lain bertambah teruk. Tyler mengalami bahawa Allah tidak selalu menjawab doa seperti jangkaan kita dalam episod Life of Tyler ini.

Soalan: Gambarkan waktu Allah telah menjawab doa anda. Apakah yang anda pelajari daripada Allah berdasarkan cara Dia telah menjawab doa anda?
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

How To Pray

Pelan bacaan empat hari ini dikhaskan untuk golongan remaja menerokai apa yang dikatakan dalam Alkitab tentang doa. Ikuti cerita Tyler semasa ia mempelajari maksud bercakap dengan Allah. Setiap hari, anda akan membaca satu petikan Alkitab, menonton cerita itu, dan belajar bersama-sama dengan Tyler semasa ia mengajukan soalan yang besar tentang maksud bercakap kepada Allah melalui doa.

More

Kami berterima kasih kepada Switch, suatu pelayanan Life.Church, kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church