Bagaimana BerdoaSampel
Pernahkah anda berdoa kuat-kuat di hadapan orang lain? Kadang-kadang memang sukar untuk mengetahui apa yang harus diucapkan semasa bercakap dengan Allah.
Berdoa bermaksud bercakap dengan jujur kepada Allah dan mendengar-Nya. Berdoa tidak perlu rumit. Anda tidak perlu menunjuk-nunjuk dengan cakap gah. Hal yang penting ialah semasa bercakap kepada Allah, anda bercakap kepada-Nya daripada hati anda. Berterus terang dan terbuka; mengenali-Nya sebagaimana anda bercakap dengan kawan karib anda.
Lagi anda berdoa dan bercakap kepada Allah, lagi rapat anda dengan-Nya. Apabila anda menjadi rapat dengan Dia, anda akan menyedari kasih-Nya dan lebih mengenal Dia.
Dalam episod ini, Tyler berasa takut untuk bercakap kuat-kuat kepada Allah, jadi ia mengelakkan daripada berdoa di hadapan orang lain. Tontonlah untuk mengetahui hal yang betul-betul penting semasa bercakap kepada Allah dalam bahagian Life of Tyler ini.
Soalan: Biasanya, bagaimanakah anda berdoa kepada Allah? Biasanya, apa yang anda bercerita dengan Dia?
Perihal Pelan
Pelan bacaan empat hari ini dikhaskan untuk golongan remaja menerokai apa yang dikatakan dalam Alkitab tentang doa. Ikuti cerita Tyler semasa ia mempelajari maksud bercakap dengan Allah. Setiap hari, anda akan membaca satu petikan Alkitab, menonton cerita itu, dan belajar bersama-sama dengan Tyler semasa ia mengajukan soalan yang besar tentang maksud bercakap kepada Allah melalui doa.
More