Yesus, Saya Memerlukan EngkauSampel
![Jesus, I Need You](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F836%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Doa:
Yesus, saya memerlukan Engkau! Engkaulah Tuhan saya, Allah saya, Raja saya. Engkau layak menerima semua penyembahan saya. Bantulah saya, oleh kasih karunia-Mu, untuk mengenali-Mu dan mengasihi-Mu dengan mendalam sehingga isi dunia menjadi suram.
Saya mahu menyembah Engkau dan Engkau sahaja. Saya tidak mahu ditempa budaya. Saya bersatu dengan-Mu; Saya mahu bersatu dengan-Mu. Satukan hati saya dengan hati-Mu, dan tempatkan kebenaran mendalam-Mu dalam saya. Di samping keinginan mengenali-Mu dan Firman-Mu, saya mahu keinginan untuk meninggalkan dosa dan mengikuti-Mu dan Firman-Mu. Benarkan saya menyembah-Mu dalam roh dan dalam kebenaran.
Saya memerlukan kuasa-Mu, kasih karunia-Mu, dan kasih-Mu supaya apa jua yang melanda saya, saya dapat memberikan respons kepada setiap situasi, setiap orang, dan setiap percubaan dalam cara Engkau akan respons—demi kemuliaan-Mu. Saya tidak mahu memberikan respons luaran sahaja, tetapi daripada dalam, daripada mata air yang memberikan hidup. Saya mahu dekat dengan-Mu, Yesus, agar Roh-Mu memancar daripada saya dalam segala pekerjaan dan pertuturan saya. Agar saya menemui sukacita dalam-Mu.
Agar saya memuliakan-Mu dalam segala kata-kata dan kelakuan saya. (Mazmur 42:1-2a; Galatia 2:20)
Di mana jua saya berada, apa pun yang saya lakukan, apa jua Kitab Suci yang dibaca, atau apa jua lagu yang saya nyanyikan, saya mahu fikiran saya, tenaga saya, dan hati saya tertumpu pada-Mu dan bukan pada diri saya dan keadaan saya. Saya mahu Engkau dan Engkau sahaja.
Walau apa pun, jika saya
berjaya atau gagal,
menang atau kalah,
kaya atau miskin,
termasuk atau terkecuali,
dikenali atau dilupakan,
harap-harap saya akan berpuas hati dengan kesedaran bahawa Engkau kepunyaan saya dan saya kepunyaan-Mu.
Harap-harap matlamat utama saya adalah mengasihi-Mu dan dikasihi-Mu, menyenangkan-Mu dan melayani-Mu. Bantulah saya melihat dosa saya, bersedih terhadapnya, dan meninggalkannya, oleh kasih karunia-Mu. Bantulah saya agar betul-betul mahukan kebenaran.
Tuhan Yesus, berikan saya kasih karunia-Mu, belas kasihan-Mu, dan kasih-Mu untuk membolehkan saya melihat-Mu, mengenali-Mu, mengasihi-Mu, dan bersatu dengan-Mu. Terima kasih atas Firman-Mu yang memberitahu saya bahawa apa sahaja yang diminta dalam nama-Mu dan berdasarkan kehendak-Mu akan Engkau lakukan. Amin. (Yohanes 14:13-14)

Perihal Pelan
![Jesus, I Need You](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F836%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Adakah anda merasakan keperluan mendalam anda akan Yesus? Pelan dua hari untuk doa ini direka bentuk demi membaiki masa teduh anda dengan-Nya dan membantu anda berseru pada-Nya. Ia juga bertindak sebagai rakan doa kepada siri lapan bahagian "Yesus, Saya Memerlukan Engkau" oleh Thistlebend Ministries.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.thistlebendministries.org
Pelan yang Berkaitan
![Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F50414%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
![Mengasihi dan Terus Mengasihi](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44158%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Mengasihi dan Terus Mengasihi
![Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F48882%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
![Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44796%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
![Benih: Apa dan Mengapa](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44130%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Benih: Apa dan Mengapa
![Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F53791%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
![Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F44485%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
![Bangkitlah dan Bersinarlah](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43961%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Bangkitlah dan Bersinarlah
![Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43442%2F320x180.jpg&w=640&q=75)
Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan
![Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F43679%2F320x180.jpg&w=640&q=75)