Yesus, Saya Memerlukan EngkauSampel
Dewasa ini, kita terlalu yakin dengan diri sendiri, tanpa disedari, tetapi hal yang amat diperlukan kita adalah dipenuhi Kristus. Sering kali adalah sukar untuk melihat betapa berbezanya cara kita daripada cara-Nya kerana, tidak kira suasana rumah di mana kita dibesarkan, Kristian atau bukan Kristian, kerana keinginan dosa kita dan kerana kita telah membesar dalam gereja yang berada dalam budaya itu, kita telah memperoleh tabiat, kelakuan, cara berfikir, dan pertimbangan daripada banyak sumber selain Yesus Kristus, tanpa menyedarinya.
Inilah matlamat Paulus: "Bagiku, hidup itu mengabdi kepada Kristus" (Filipi 1:21). Paulus tidak selalu hidup untuk Kristus. Dia hanya mula hidup untuk Kristus apabila Yesus menemuinya dalam perjalanan ke Damsyik dan meyakinkannya akan dosanya, dan dia melihat Yesus yang sebenarnya melalui kasih karunia (Kisah Para Rasul 9:1-19). Jadikan Yesus doa anda dan berserulah kepada-Nya. Minta Yesus memberikan anda keupayaan mencari-Nya dahulu seperti yang diperintah-Nya dalam Matius 6:25-33.
"Yesus, saya memerlukan Engkau. Saya tidak dapat hidup tanpa-Mu.
Yesus, Engkau bukan suatu idea, senarai semak, doktrin, atau sebab semata-mata. Saya memerlukan Engkau dan menginginkan Engkau! Saya mahu mengenali Engkau dengan begitu mendalam sehingga saya mengenali-Mu lebih daripada orang lain—keluarga saya, kawan saya, kawan rapat saya—juga diri saya. Saya mahu Engkau menyertai saya di sini, sekarang juga. Saya ingin duduk di sisi-Mu, menghabiskan masa dalam hadirat-Mu, dan menanya soalan yang membanjiri fikiran dan hati saya. Saya ingin berupaya lari kepada-Mu, meletakkan kepala saya pada bahu-Mu, meluahkan isi hati saya kepada-Mu, dan agar Engkau memeluk saya dan membicarakan kebenaran kepada saya—termasuk kebenaran yang pahit. Saya memerlukan bantuan-Mu, kasih karunia-Mu, belas kasihan-Mu. Saya tidak dapat hidup bersendirian."
Akhiri hari ini dengan berdoa menggunakan Matius 6:25-33. Esok, kita akan melihat satu lagi doa yang boleh didoakan setiap hari sepanjang tempoh anda dibimbing untuk berdoa menggunakannya.

Perihal Pelan
Adakah anda merasakan keperluan mendalam anda akan Yesus? Pelan dua hari untuk doa ini direka bentuk demi membaiki masa teduh anda dengan-Nya dan membantu anda berseru pada-Nya. Ia juga bertindak sebagai rakan doa kepada siri lapan bahagian "Yesus, Saya Memerlukan Engkau" oleh Thistlebend Ministries.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.thistlebendministries.org