Perumpamaan YesusSampel

The Parables of Jesus

HARI 23 DARIPADA 36

ANAK YANG SESAT
Mungkin perumpamaan yang paling terkenal, biasanya dipanggil Anak yang Pemboros, mengisahkan cerita dua orang saudara yang cuba menyenangkan hati bapa mereka dan memperoleh tanda berkenannya.

Anak yang pemboros mengambil harta warisannya, membelanjakannya dengan boros dan cepat. Menyedari bahawa dia telah menyinggung perasaan bapanya dan betapa tidak bergunanya hidupnya, dia cuba pulang kepada bapanya supaya dia boleh berusaha untuk menyenangkan hatinya lagi. Akan tetapi, usaha tersebut tidak dibenarkan kerana bapanya mengasihinya dan menyambutnya sebelum dia sempat menjadi hamba bapanya itu.

Perkataan "pemboros" bermaksud tidak hemat, satu gelaran yang dikhaskan untuk anak lelaki itu kerana cara dia membelanjakan harta warisannya. Maka, bapanya adalah orang yang betul-betul pemboros dalam cerita itu, kerana dia tidak berhemat dengan kasihnya, pengampunannya, belas kasihannya, dan harta miliknya apabila anaknya pulang.

Anak sulungnya kerap menjadi watak yang dilupakan dalam cerita itu, tetapi dia menarik perhatian pembaca, orang Farisi, yang mendengar cerita itu sejak ayat pertama. Mereka sedar bahawa anak sulung itu, yang mempercayai bahawa dia harus lebih disayangi daripada adiknya itu kerana ketekunannya mengikut peraturan, mewakili mereka dalam cerita itu. Walau bagaimanapun, anak sulung itu melaksanakannya untuk memperoleh kasih sayang dan untuk memelihara berkat, bukannya kerana kasih dan keinginan untuk memberkati bapanya. Dalam cerita ini, kita melihat penebusan dan pemulihan anak bongsu itu, tetapi nasib anak sulung, yang berasa yakin akan semua perbuatannya melebihi segala yang lain, tidak diselesaikan dalam cerita itu.
Hari 22Hari 24

Perihal Pelan

The Parables of Jesus

Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus!

More

We would like to thank Trinity New Life Church for this plan. For more information, please visit: http://www.trinitynewlife.com/