Perumpamaan YesusSampel

The Parables of Jesus

HARI 22 DARIPADA 36

DOMBA & MATA WANG YANG HILANG
Dua perumpamaan ini ditujukan kepada orang Farisi dan guru Taurat setelah mereka merungut tentang betapa Yesus mengambil berat tentang "orang berdosa dan pemungut cukai."

Kasih Yesus kepada orang yang sesat merupakan penyimpangan yang radikal daripada penilaian pemimpin agama pada zaman itu. Yesus berkongsi tentang cara syurga mencerminkan sikap-Nya, dan bukannya sikap suka menilai orang Farisi, memberitahu kita bagaimana syurga bersukacita apabila seorang berdosa bertaubat.

Semakin lama kita mengikuti Allah, semakin mudah untuk bersikap menganggap diri sendiri yang betul seperti orang Farisi, maka, kita harus menanya diri apakah reaksi kita apabila kita melihat seorang berdosa bertaubat. Kita juga harus menanya diri apakah yang kita akan lakukan tentang "domba yang hilang" dan "mata wang yang hilang" di sekeliling kita. Memanglah penting bagi kita untuk kesiankan "mereka," melakukan apa sahaja yang mungkin untuk membantu mereka menemukan jalan kepada Kristus, dan bergembira bersama-sama dengan mereka apabila mereka bertaubat.
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

The Parables of Jesus

Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus!

More

We would like to thank Trinity New Life Church for this plan. For more information, please visit: http://www.trinitynewlife.com/