Jangan Bimbangkan Apa PunSampel
Tumpukan Fikiran Kepadanya
Arahan terakhir Paulus dalam preskripsinya untuk kebimbangan ialah menumpukan fikiran kepada rancangan Allah. Dengan kata lain, pilihlah apa yang difikirkan. Bayangkan fikiran anda ialah kapal terbang di langit di atas lapangan terbang yang sibuk. Anda ialah pengawal lalu lintas udara di sana. Anda dapat memutuskan fikiran yang mendarat dan fikiran yang terbang pergi. Inginkan esok yang gembira? Biarlah fikiran yang menggembirakan mendarat hari ini. Inginkan penderitaan esok? Biarlah fikiran tentang rasa bersalah, kekhuatiran, dan ketakutan mendarat hari ini.
Penyembuhan daripada kebimbangan memerlukan pemikiran yang sihat. Sebenarnya, cabaran anda bukanlah cabaran anda; cabaran anda ialah cara anda berfikir tentang cabaran anda. Demikian juga, masalah anda bukanlah masalah anda; cara anda memandang masalah itu ialah masalah anda. Iblis sedar akan ini, oleh itu, iblis sentiasa cuba menanamkan dusta dalam fikiran anda. Iblis ingin mempengaruhi cara anda memandang pergelutan atau ketidakpastian anda. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa iblis bukan tuan fikiran anda.
Tambahan lagi, anda memiliki kuasa yang tidak mungkin ditewaskan oleh iblis, kerana Allah berpihak kepada anda. Apabila kebimbangan mengancam untuk membebani hati anda, anda boleh memanggil Allah. Ini menggari pesalah dan menghadapkannya di depan Dia yang memiliki segala kuasa. Ini tidak memberikan kebimbangan dan ketakutan platform untuk mempengaruhi fikiran anda. Ini menjaga fikiran anda semasa anda mempercayai Allah, Bapa anda.
Sudah tentu, mengatakan ini dan melakukan ini adalah dua perkara yang berbeza. Hari ini, anda mungkin ingin memutuskan bahawa anda akan memikirkan perkara yang benar, mulia, dan adil. . . walaupun ini membunuh anda. Namun, siapakah yang betul-betul dapat melakukan ini?
Ada cara yang lebih senang: bertekad untuk berpaut pada Kristus. Tetaplah bersatu dengan Dia. Dekati Dia sebagai sumber kekuatan anda dan Dia yang harus ditaati fikiran anda. Baca Firman Allah. Dengarlah khutbah. Sembahlah Dia. Ketepikan gangguan dan menuntut masa untuk-Nya. Memahami bahawa jika apa-apa kebaikan berlaku dalam hidup anda, Dialah konduitnya.
Tugas dominan seseorang murid ialah berpaut pada Yesus. Apabila anda berpaut pada Yesus, anda memenuhi fikiran anda dengan kebenaran Allah. Anda melucutkan senjata musuh dan menjauhkan kebimbangan. Anda menerima kebenaran Allah. Dan kebenaran itu membebaskan anda—bebas daripada ketakutan, bebas daripada keberatan, dan, ya, bebas daripada kebimbangan.
Berasa bimbang bermakna anda ialah manusia. Ini tidak bermaksud anda kurang maju dari segi emosi, bodoh, dirasuki roh jahat, atau gagal. Ini tidak bermaksud ibu bapa anda telah mengecewakan anda, atau sebaliknya. Juga—ini adalah penting—ini tidak bermaksud anda bukan seorang Kristian. Ya, orang Kristian juga bergelut dengan kebimbangan. Yesus sendiri berasa bimbang di Taman Getsemani. Namun, Dia tidak terus bimbang. Anda juga tidak harus terus bimbang.
Hari yang baru menantikan anda. Musim yang baru, yang anda akan kurang bimbang dan lebih mempercayai. Musim dengan kurang ketakutan dan iman yang dipertingkat. Dapatkah anda membayangkan hidup yang tidak bimbang akan apa pun?
Allah dapat. Dengan pertolongan-Nya, anda dapat mengalaminya.
Respons
Bagaimanakah pemahaman anda akan kedaulatan Allah ke atas masalah anda menolong anda untuk menumpukan fikiran pada perkara yang baik? Bilakah ini menjadi pergelutan anda?
Apakah makna menetapkan pandangan anda pada Yesus? Bagaimanakah ini menolong anda menawan fikiran anda dan mentaati Kristus?
Apakah strategi yang dapat anda tetapkan untuk saat kebimbangan melanda anda lagi dan cuba menguasai hati dan fikiran anda?
Perihal Pelan
Pengarang laris Max Lucado menerokai rancangan rawatan Allah bagi kebimbangan yang terkandung dalam Filipi 4:4-8. Semasa anda mengikuti preskripsi ini – meraikan kebaikan Allah, meminta pertolongan-Nya, menyerahkan kekhuatiran anda kepada-Nya, dan merenungi perkara yang baik – anda akan mengalami kesejahteraan Allah. Sementara kebimbangan ialah sebahagian daripada hidup, kebimbangan tidak perlu menguasai hidup anda.
More