Jangan Bimbangkan Apa PunSampel
Biar Sikapmu yang Lemah Lembut Diketahui oleh Semua Orang
Kebimbangan yang tidak disekat boleh melepaskan ledakan kemarahan, tuduhan terburu-buru, dan tindak balas berapi-api sebesar pesawat pegebom Enola Gay terhadap orang yang menghalang anda, yang malangnya berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Berapa banyak orang yang terluka akibat tekanan tidak terkawal seperti itu? Sebaliknya, berapa banyak bencana yang boleh dihindarkan kerana seorang membuat keputusan untuk bersikap tenang?
Ketenangan inilah yang dimaksudkan oleh Paulus semasa ia menyatakan, "Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang" (Filipi 4:5 AVB). Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai lemah lembut menggambarkan pembawaan yang berpengalaman dan matang. Ini membayangkan sikap yang sesuai dengan keadaan, tenang dan lembut. Reaksi lembut ini bersifat stabil, saksama, dan adil.
Yesus berjanji bahawa "di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan" (Yohanes 16:33 BM). Ini pasti akan berlaku seperti matahari yang terbit pada hari yang baru—seperti ombak yang menghempas ke pantai. Namun, satu lagi perkara yang anda harus ingat ialah Yesus berjanji untuk menyertai anda di tengah-tengah penderitaan tersebut. Sebelum Yesus meninggalkan dunia ini, Dia berkata kepada murid-murid-Nya, "Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku . . . Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman” (Matius 28:19-20 BM).
Sebenarnya, sepanjang Alkitab, Allah berjanji berulang kali untuk menyertai umat-Nya. Dia menyertai Abram semasa ia berjalan ke tanah yang baru. Dia menyertai Hagar semasa ia melarikan diri ke padang gurun, dan Dia menyertai Ishak semasa ia terpaksa bergerak dari tempat ke tempat. Dia menyertai Yosua semasa ia berhadapan dengan orang Kanaan, dan menyertai Daud semasa ia berhadapan dengan orang Filistin. Dia menyertai Petrus di penjara, dan menyertai Paulus bila-bila dan di mana pun ia menghadapi keadaan yang susah.
Allah tidak pernah memandang dari jauh. Sebenarnya, nama-Nya ialah Imanuel, yang bermaksud “Allah menyertai kita." Dia menjadi manusia. Dia menjadi berdosa. Dia mengalahkan kematian. Dia masih menyertai anda.
Sekarang ini anda mungkin berusaha untuk menyatukan keluarga anda, menghalang perniagaan anda daripada menjadi bankrap, atau menyelamatkan sekolah anda. Cara anda menghadapi pertempuran itu akan mendedahkan kepercayaan sebenar anda. Jika anda mempercayai Yesus dan mempercayai bahawa Dia sentiasa menyertai anda, hasil sampingan menyerahkan kawalan kepada Dia ialah ketenangan berjangkit yang menyelubungi hidup anda. Ketenangan ini akan membenarkan anda untuk melihat bagaimana Allah sedang bekerja dalam situasi anda—dan orang lain akan menyedari sesuatu adalah berbeza daripada anda. Ini akan membawa penyembuhan bagi kebimbangan anda, mematangkan iman anda, dan menunjukkan kepada orang lain bahawa Allah sentiasa setia.
Pengurusan kebimbangan bagaikan mencabut tunggul daripada tanah. Sesetengah daripada kekhuatiran anda mempunyai sistem akar yang dalam, dan mencabutnya adalah susah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu melakukannya seorang diri. Serahkan cabaran anda kepada Bapa anda dan meminta pertolongan-Nya.
Adakah Dia akan menyelesaikan isu itu? Ya. Adakah Dia akan menyelesaikannya segera? Mungkin. Ataupun, mungkin sebahagian daripada dugaan itu ialah pengajaran lanjut tentang kesabaran. Hal ini adalah pasti: ketenangan yang berjangkit akan berlaku setakat mana anda mendekati Dia.
Respons
Siapakah dalam hidup anda yang paling terkesan oleh cara anda memberikan respons terhadap situasi yang paling banyak tekanan?
Bagaimanakah anda mendefinisikan perkataan lemah lembut? Adakah anda rasa respons anda terhadap orang lain yang menghadapi situasi yang tertekan cenderung bersifat lemah lembut? Mengapa ya atau mengapa tidak?
Bagaimanakah kesedaran bahawa Allah sentiasa hadir dalam keadaan anda menolong anda mengekalkan rasa tenang yang berjangkit?
Perihal Pelan
Pengarang laris Max Lucado menerokai rancangan rawatan Allah bagi kebimbangan yang terkandung dalam Filipi 4:4-8. Semasa anda mengikuti preskripsi ini – meraikan kebaikan Allah, meminta pertolongan-Nya, menyerahkan kekhuatiran anda kepada-Nya, dan merenungi perkara yang baik – anda akan mengalami kesejahteraan Allah. Sementara kebimbangan ialah sebahagian daripada hidup, kebimbangan tidak perlu menguasai hidup anda.
More