7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel
![7 Things The Bible Says About Marriage](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F4539%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
![](https://d233bqaih2ivzn.cloudfront.net/daymedia/CACHE/images/originals/2017/08/17/Luke1_37/2f2cdadfbddee5ff01933e9fea674846.jpg)
Anda mungkin memulakan Pelan Alkitab ini kerana anda menghadapi dugaan dalam perkahwinan anda, dan keadaannya tidak berhasil sekarang. Anda mungkin sudah berdoa selama bertahun-tahun agar pasangan anda mengikuti Yesus, tetapi dia masih belum menerima-Nya. Anda mungkin rasa kecewa dan ragu-ragu tentang masa depan anda dan hubungan anda.
Macam mana keadaan perkahwinan anda pun pada masa ini, anda perlu tahu: tiada hal yang mustahil kepada Allah.
Sepanjang Alkitab, kita telah melihat banyak mukjizat Allah—termasuk waktu Yesus mengatasi kematian dengan bangkit daripada kematian! Roh sama yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian diam dalam anda (Roma 8:11). Perkahwinan anda mungkin rasa mati sekarang, tetapi Allah boleh menghidupkannya semula.
Jangan berhenti berdoa untuk pasangan anda. Jangan berputus asa terhadap perkahwinan anda. Jika anda menghadapi masalah mencari titik persamaan, jangan membiarkannya: carilah seseorang pada hari ini yang boleh berbincang dengan anda berdua.
Penerobosan terbesar anda belum berlaku lagi. Dengan Allah, tiada hal yang mustahil!
Jordan Wiseman
Ahli Strategi Media YouVersion
Kitab
Perihal Pelan
![7 Things The Bible Says About Marriage](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F4539%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan yang salih untuk memenuhi janji-janjinya? Dalam renungan tujuh hari daripada YouVersion ini, kakitangan kami mengongsikan jawapan mereka kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi. Setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh dikongsikan untuk menghargai pasangan anda.
More