7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang PerkahwinanSampel
Isteri saya telah melihat keadaan saya yang paling teruk. Dia telah mengenali saya selama hampir 12 tahun, dan kami telah berkahwin selama lebih daripada sembilan tahun sepanjang masa itu. Walaupun dia mengenali saya lebih baik daripada sesiapa di dunia ini, ia tidaklah setanding apa yang Allah tahu tentang saya.
Allah mengetahui semua kesalahan dan kegagalan saya, dan Dia melihat saya berdosa setiap hari. Namun, Dia mengasihi saya. Dia begitu mengambil berat tentang saya sehinggakan Dia mengorbankan Anak-Nya demi saya. Kristus melayani murid-murid-Nya setiap hari—meskipun Dia sedar bahawa beberapa orang daripada mereka akan menafikan Dia! Dia memberikan saya kasih karunia setiap hari, walaupun saya tidak patut menerimanya.
Marilah kita mula mengasihi pasangan kita lebih lagi dengan tiga contoh kasih Kristus yang praktikal untuk kita:
1. Letakkan diri di tempat kedua.
Jika Dia mengorbankan nyawa-Nya untuk kita, mengapakah kita tidak boleh melakukan pengorbanan harian yang kecil untuk mengangkat perasaan, keinginan, dan harapan pasangan kita melebihi perasaan, keinginan, dan harapan kita? Benarkanlah pasangan anda ke luar dan menikmati “masa sendiri” minggu ini, sementara anda tinggal di rumah dan menjaga anak. Ataupun, sebagai cabaran yang besar, benarkan pasangan anda untuk menjadi “betul” dalam perselisihan faham yang kecil kelak.
2. Melayani tanpa jangkaan.
Apakah gambaran hamba yang lebih baik daripada Raja segala raja yang membasuh kaki murid-murid-Nya? (Yohanes 13:3-17) Sebagai pasangan, gambaran Kristus sebagai hamba itu seharusnya menjadi peringatan tetap buat kita. Carilah cara untuk melayani pasangan anda pada hari ini. Berikannya kejutan dengan membasuh pakaian. Beli pencuci mulut daripada restoran kegemarannya, semata-mata untuknya sahaja. Rasakan kebahagiaan melayani pasangan anda—dan melayaninya tanpa menjangkakan balasan.
3. Tunjukkan kasih karunia.
Kasih karunia adalah percuma dan merupakan perkenanan Allah kepada orang yang tidak layak. Dia berhak untuk tidak mengampunkan dosa dan kesalahan kita, tetapi Dia memberikan kasih karunia-Nya dengan bebas. Daripada memfokus pada tabiat dan sifat negatif pasangan anda, cubalah melihat hal yang positif setiap hari. Lakukan sesuatu semudah menyebut perkara yang anda suka tentangnya setiap hari. Berdoalah untuknya setiap hari. Ampunkan pasangan anda apabila dia berbuat salah. Kasih karunia tidak berpegang pada kelukaan, kemarahan, atau kekecewaan…kasih karunia mengampunkan.
Todd Dobberstein
Pengurus Produk YouVersion
Perihal Pelan
Alkitab mengatakan bahawa apabila anda mendapat pasangan, anda mendapat sesuatu yang baik. Bagaimanakah anda menjadikan perasaan itu berpanjangan? Bolehkah anda terus bertumbuh rapat? Apakah yang diperlukan perkahwinan yang salih untuk memenuhi janji-janjinya? Dalam renungan tujuh hari daripada YouVersion ini, kakitangan kami mengongsikan jawapan mereka kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi. Setiap hari termasuk Imej Ayat yang boleh dikongsikan untuk menghargai pasangan anda.
More