Info Pelan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam KristusSampel

Chosen -  Unveiling the Woman in Christ

HARI 3 DARIPADA 3

TIADA BATASAN DALAM KRISTUS

Dalam rancangan dan reka bentuk Allah bagi bangsa manusia, Dia telah mencipta lelaki dan perempuan serta menempatkan mereka di kedudukan berkuasa yang tertinggi berbanding mana-mana ciptaan yang lain - dalam Kristus! Wanita bukanlah sesuatu yang difikirkan kemudian atau tambahan tetapi merupakan sebahagian daripada reka bentuk asal Allah.

"Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan." - Kejadian 1:27 BM

Adam dicipta dalam Kejadian 2, dan Hawa diambil daripada sisi Adam, selepas itu kejatuhan manusia terjadi. Walau bagaimanapun, mana-mana lelaki atau perempuan yang mempercayai Kristus telah ditebus dan tidak lagi terikat kepada sifat Adam itu. Melalui kematian, pengebumian, dan kebangkitan Kristus, mereka telah diambil menjadi keluarga Allah.

Pada permulaan siri ini, kami telah membincangkan identiti sebenar kita dalam Kristus. Identiti ini membawa kemungkinan yang baru dan manfaat menjadi sebahagian daripada keluarga Allah. Kita tidak perlu menunggu untuk menikmati manfaat tersebut, kita mempunyai akses kepada semuanya dalam Kristus sebaik sahaja kita percaya.

Dalam kitab Bilangan 27:5-10, anak-anak perempuan Zelafehad meminta sesuatu yang tidak diduga. Harta pusaka yang diwariskan kepada waris lelaki dalam budaya mereka seharusnya milik mereka tetapi batasan mereka ialah mereka ialah perempuan.

Namun, perkara yang diuntukkan oleh Hukum Musa, mempunyai pengecualian daripada kasih kurnia. Melalui campur tangan kasih kurnia, pengecualian ini menjadi hukum bagi perempuan yang lain dalam budaya itu. Kasih kurnia Allah memberikan peruntukan bagi anak perempuan Zelafehad dan menyediakan lebih banyak lagi untuk anda dalam Kristus.

Hal yang anda perlukan untuk hidup dan kesalihan sudah tersedia dalam Kristus.

Hai Wanita dalam Kristus, hiduplah dengan kesedaran akan identiti anda.

Memperkukuh realiti ciptaan baru anda menentang cabaran keadaan dengan mematuhi Injil kasih kurnia Allah. Ini bukan sahaja menguatkan kita untuk mengatasi cabaran tersebut, malah semua berkat Allah untuk hidup kita terkandung dalamnya.

Semasa kami mengakhiri siri ini, nyatakan kata-kata yang berikut dengan berkuasa ke atas diri anda.

Pengakuan:

  • Saya diperbenar oleh Allah dalam Yesus Kristus
  • Saya telah ditebus oleh Tuhan
  • Saya dikasihi oleh Abba
  • Semua dosa saya telah diampunkan
  • Saya amat dikasihi oleh Allah
  • Saya ditolong dengan berkuasa oleh Allah
  • Saya dilindungi oleh Allah
  • Saya menerima pertolongan malaikat
  • Saya menerima berkat tak boleh batal
  • Saya diampunkan selama-lamanya
  • Saya disembuhkan oleh Tuhan
  • Saya mengalami kesihatan kudus
  • Saya menyenangkan hati Allah dan memiliki kebijaksanaan-Nya
  • Saya berbuah, saya makmur, cemerlang, dan berjaya dalam semua perkara yang dilakukan
  • Saya mempunyai pengurapan pengganda
  • Tiada hal yang menentang saya
  • Tiada apa-apa yang mati dalam tangan saya
  • Saya tidak pernah terlantar
  • Hal yang luar biasa adalah biasa bagi saya
  • Semua perkara dikendalikan sehingga menghasilkan yang baik bagi saya
  • Allah mengasihi saya lebih daripada Iblis membenci saya
  • Kasih kurnia sedang bekerja demi saya!
Hari 2

Perihal Pelan

Chosen -  Unveiling the Woman in Christ

Sebagai wanita, kita sering mendapati diri menjugel banyak peranan dalam hidup. Namun, di tengah-tengah kesibukan ini, memanglah penting untuk mengingati jati diri kita: Perempuan Pilihan Allah, ataupun Wanita dalam Kris...

More

Kami berterima kasih kepada The LOGIC Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thelogicchurch.org/en/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami