Info Pelan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam KristusSampel

Chosen -  Unveiling the Woman in Christ

HARI 1 DARIPADA 3

BUKAN NORMA SAHAJA

Hari ini kelihatan seperti hari biasa sahaja, tempat yang sama, senarai tugas yang sama.

Orang asing yang belum ditemuinya akan mengubah hidupnya selama-lamanya - cuma ia belum menyedarinya lagi.

Pertemuan antara Yesus dan wanita Samaria itu membawa perubahan yang begitu besar sehinggakan wanita itu segera kembali ke kotanya, memberitahu semua orang tentang Dia. Itulah kuasa Injil!

Injil memusnahkan halangan, mengikis pola rasa malu dan rasa bersalah yang ada sejak dahulu lagi, dan membebaskan orang percaya untuk kepenuhan identiti mereka. Pelaburan masa Yesus dalam seorang wanita ini meriakkan seluruh kota itu, menunjukkan kuasa pengubahan Injil.

Barangkali, wanita itu berasa ragu-ragu seperti kebanyakan daripada kita, tetapi melalui pernyataan Yesus, ia mendapat tahu tentang sifat sebenar Bapa. Wanita dalam Kristus ini mengetahui bahawa Allah adalah baik, walau apa pun keadaan di sekelilingnya. Ia tidak membentuk persepsinya tentang Allah berdasarkan keadaannya. Ia tidak mengikut norma perasaannya atau norma agama, ia menyedari bahawa sifat sebenar Allah ternyata dalam Kristus.

Maria, saudari Lazarus dan Marta memahami sepenuhnya kebenaran ini. Pengawal budaya dan norma pada zaman tersebut ialah tetamu di rumah mereka. Walau bagaimanapun, Maria memilih satu perkara yang kita semua perlukan - Kristus (Lukas 10:42).

Kita bukan sahaja memerlukan Kristus untuk menjawab doa kita. Kita memerlukan Dia kerana kita ialah carang daripada Pernyataan Dia itu. Kita memperoleh identiti kita sebagai anak Allah melalui kerja penyelamatan-Nya di Salib.

Orang Yahudi dan orang Samaria sudah lama berselisih sehinggakan mereka bersusah payah mengelakkan satu sama yang lain. Meskipun demikian, Yesus sengaja berjalan melalui Samaria dalam Yohanes 4:4. Hari yang kelihatan seperti hari yang biasa berubah menjadi hari yang luar biasa apabila Allah bekerja di sebalik tabir, mengerjakan sesuatu yang indah. Mendengar Injil melalui Yesus, wanita Samaria itu berubah selama-lamanya. Identiti sebenarnya didedahkan sebagai anak Allah, terpilih dan dikasihi seperti orang Yahudi pada zamannya. Dengan identitinya yang baru, ia membawa lebih banyak anak lelaki dan anak perempuan kepada kesedaran akan siapa diri mereka itu dalam Kristus.

Walau bagaimana pun cerita anda bermula

Anda telah dipilih dan dicipta dalam Kristus

Janganlah mengikut norma sahaja

Anda mempunyai identiti yang baru, dengan kemungkinan yang baru dan warisan yang baru; semuanya dalam Kristus

Terus bertumbuh dalam kasih kurnia dan dalam pengetahuan akan Tuhan Yesus!

Hari 2

Perihal Pelan

Chosen -  Unveiling the Woman in Christ

Sebagai wanita, kita sering mendapati diri menjugel banyak peranan dalam hidup. Namun, di tengah-tengah kesibukan ini, memanglah penting untuk mengingati jati diri kita: Perempuan Pilihan Allah, ataupun Wanita dalam Kris...

More

Kami berterima kasih kepada The LOGIC Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thelogicchurch.org/en/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami