Benih: Apa dan Mengapa Sampel

Seeds: What and Why

HARI 3 DARIPADA 4

Hari 3- Saya berasal daripada benih yang baru! …seterusnya?

Anda berasal daripada benih yang baru, dibebaskan daripada batasan benih semula jadi yang merupakan asal anda dan bebas daripada sifat berdosanya. Sekarang, apakah yang berubah pada diri kita apabila ini berlaku?

(1 Petrus 1:22-23, BM [AMP])

“Kerana kamu mentaati ajaran benar daripada Allah, kamu menjadi suci dan kamu mengasihi sesama saudara seiman dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengasihi dengan sepenuh hati [selalu mengutamakan kepentingan satu sama lain tanpa mementingkan diri]. Melalui firman Allah yang hidup dan kekal, kamu sudah dilahirkan kembali [iaitu, dilahirkan semula dari atas—diubah dari segi rohani, diperbaharui, dan dikhaskan untuk tujuan-Nya], bukan oleh manusia, tetapi oleh Bapa yang kekal” (1 Peter 1:22-23, BM [AMP]).

“Apakah rupa benih yang kekal, apakah yang harus kita nantikan? Kita melihatnya dalam ayat 22, "...saling mengasihi dengan sepenuh hati [selalu mengutamakan kepentingan satu sama lain tanpa mementingkan diri]". Kasih ini telah ditempatkan dalam kita apabila kita dilahirkan semula, tetapi memanglah kewajipan kita untuk menunjukkan kasih itu bukan memadamkannya" (Matius 5:15-16, [BM]).

Ini mungkin kedengaran terlalu mudah, tetapi kita melihat pengesahannya sepanjang kitab suci:

(Galatia 5:13-14, [BM])

“Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong, kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: 'Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri'” (Galatia 5:13-14, [BM]).

(1 Korintus 13:2, [AVB])

“Kalaupun aku diberi kurnia untuk bernubuat, dan mengetahui semua rahsia serta ilmu, malah memiliki kekuatan iman yang dapat mengalih gunung-ganang, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak bererti” (1 Korintus 13:2, [AVB]).

Ini lebih masuk akal jika kita melihat semula asal benih yang baru ini:

(Yohanes 3:16, [BM])

“Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16, [BM]).

KASIH ialah bentuk benih anda.

Hari ini renungi maksudnya dilahirkan semula dalam kasih, ayat yang berikut menghuraikan rupa kasih. Apakah rupa hidup anda jika anda merupakan contoh setiap ungkapan kasih ini?

(1 Korintus 13:4-7, [BM])

“Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar” (1 Korintus 13:4-7, [BM]).

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Seeds: What and Why

Benih ada di semua tempat. Kata-kata anda, wang anda, anak anda termasuk anda, diri anda ialah benih! Bagaimanakah benih tersebut berfungsi dan mengapakah ini penting bagi kita? Marilah kita lihat apa yang dikatakan dalam Alkitab dan membongkar bagaimana ini boleh diterapkan dalam hidup kita untuk mendekatkan kita kepada Allah dan tujuan-Nya bagi kita.

More

Kami berterima kasih kepada Abundant Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://alcky.com