Benih: Apa dan Mengapa Sampel

Seeds: What and Why

HARI 1 DARIPADA 4

Hari 1- Apakah itu ‘Benih’ ?

Tidaklah menghairankan bahawa sebutan terawal benih ditemui dalam bab pertama kitab Kejadian. Kejadian menjadi asas kami untuk memahami benih dan tujuan serta reka bentuk benih Allah. (Kejadian 1:11, [AVB])

“Berfirmanlah Allah, 'Hendaklah tanah menumbuhkan pelbagai tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya jenisnya membiak dan terus bertumbuh di bumi.' Maka terjadilah sedemikian itu.” (Kejadian 1:11, [AVB]).

Asal perkataan Ibrani yang kita terjemahkan menjadi benih ialah Zara, yang didefinisikan dalam konkordans STRONG dan sumber yang lain sebagai, “menyemai, menabur benih" (Strong, 2010). Definisi ini menjadi hakikat yang nyata dalam bahagian ayat ini yang kemudian, yang mengatakan bahawa benih menyebabkan pembiakan tumbuhan itu (Kejadian 1:11, [AVB]).

Benih disebut buat pertama kalinya dalam petikan ini, juga disebut buat pertama kalinya ialah hidupan semula jadi (Kejadian 1:11, [AVB]). Hubung kait ini adalah sengaja, semua hidupan bertumbuh dan membiak melalui sesejenis benih.

Soalan yang timbul segera daripada ini adalah besar! Jika benih tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan, dalam lingkungan hidup kita yang manakah kita harus menghasilkan benih dan apakah yang berlaku dengannya? Jika semua hidupan berasal daripada benih, maka apakah benih yang telah menghasilkan kita? Lebih penting lagi ialah apakah maksud semua ini kepada saya? (Kejadian 1:12, [AVB])

“Maka tanah pun menumbuhkan pelbagai tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan Allah melihat semua itu baik (Kejadian 1:12, [AVB]).

Untuk beberapa hari yang akan datang, kita akan mencari jawapan untuk soalan tersebut dalam Firman Allah; tetapi bertenanglah sekarang ini, dengan pengetahuan daripada Kejadian 1:12, bahawa Allah telah mencipta benih untuk kebaikan. Kebaikan merupakan reka bentuk asal-Nya, dan walaupun kita hidup di dunia yang berdosa, Dia mempunyai rancangan penebusan untuk memulihkan mana-mana benih kepada reka bentuk yang baik, lengkap, dan sempurna (Kejadian 1:12, [AVB]).

Saya mendorong anda untuk merenungi fikiran alkitabiah ini dan mencari benih dalam kehidupan sehari-hari. Tiada satu pun benda hidup sekarang ini yang tidak dapat disusul kembali kepada permulaan, dan wujud kerana BENIH.

Hari 2

Perihal Pelan

Seeds: What and Why

Benih ada di semua tempat. Kata-kata anda, wang anda, anak anda termasuk anda, diri anda ialah benih! Bagaimanakah benih tersebut berfungsi dan mengapakah ini penting bagi kita? Marilah kita lihat apa yang dikatakan dalam Alkitab dan membongkar bagaimana ini boleh diterapkan dalam hidup kita untuk mendekatkan kita kepada Allah dan tujuan-Nya bagi kita.

More

Kami berterima kasih kepada Abundant Life Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://alcky.com