Menyerahkan Usaha Anda kepada TuhanSampel
Penjajaran yang Betul
Setiap pagi saya memastikan saya memikirkan matlamat saya untuk hari itu.
Apakah yang saya mahu capai hari ini? Bagaimana saya mencapainya?
Saya mendapati demi memantapkan rancangan saya, saya mesti menjajarkan usaha sehari-hari saya dengan kehendak Allah.
Saya pernah melaksanakan perkara mengikut cara saya, dan saya pernah melakukan perkara dengan pimpinan Allah, dan saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa cara-Nya adalah lebih baik daripada cara saya!
Namun, memanglah sifat kita sebagai manusia untuk bergantung pada pemahaman kita yang tidak lengkap. Kita melihat sebahagian kecil daripada gambar itu, dan kita membuat keputusan yang mengubah kehidupan berdasarkan bayangan sekilas itu. Mengapa tidak mengambil nasihat Allah, yang melihat segala-galanya?
Menyerahkan usaha anda kepada Tuhan tidaklah mudah. Ini merupakan pilihan setiap hari yang sering kalinya kita perlu memaksa diri untuk buat, meskipun ketika kita tidak memahaminya pada waktu itu. Komitmen memerlukan disiplin, dan kita mesti mengembangkan disiplin ini. Kita mesti memastikan bahawa hidup kita dijajarkan dengan betul dan selaras dengan kehendak Allah. Keputusan yang kita buat hari ini adalah penting. Pilihan untuk mendengar pimpinan-Nya atau menurut pemahaman sendiri dibuat pada setiap detik.
Saya menggalakkan anda untuk mengamalkan hidup yang mempunyai komitmen. Kesetiaan kita akan membawa kepada penggenapan impian dan aspirasi yang diberikan oleh Allah kepada kita. Dengan menyerahkan usaha kita kepada Tuhan, dan mengikuti pimpinan-Nya, rancangan kita akan tercapai.
Allah melihat impian anda.
Dia telah mencipta anda secara teliti supaya anda boleh mencapai impian tersebut.
Dia komited terhadap anda.
Sekarang ini, serahkan usaha anda kepada Dia.
Untuk berhubung dengan David Villa, Klik di Sini!
Untuk melanggan siar pod David, Klik di Sini!
Kitab
Perihal Pelan
Sertai David Villa dalam renungan terbarunya yang membincangkan implikasi mendalam menyerahkan usaha kita kepada Tuhan terhadap hidup kita.
More