Menyerahkan Usaha Anda kepada TuhanSampel

Commit Your Work to the Lord

HARI 2 DARIPADA 4

Tanggapan Salah dan Kejelasan


Sementara azam menumpukan tumpuan pada matlamat jangka panjang dan rancangan masa depan secara umum, tidaklah mencukupi untuk menyerahkan rancangan masa depan kita dalam tangan Allah.

Sebaliknya, kita mesti menyerahkan tindakan harian kita dan tanggungjawab kita kepada Allah.

Ini harus dilakukan setiap hari, sama ada penetapan minda kita adalah baik atau tidak.

Begini, memanglah biasa untuk mencari Allah semasa menghadapi musim yang susah, tetapi kita harus sedar untuk bercakap dengan-Nya setiap hari. Sama ada demi memohon pertolongan, pimpinan, atau pemahaman, ataupun cuma menyapa-Nya, berbual-bual dengan Allah setiap hari membenarkan kita untuk tetap selaras dengan kehendak-Nya. Apabila kita memasukkan interaksi harian dengan Allah, kita memberikan-Nya peluang untuk membuat pembetulan secara lembut dan perubahan sepanjang perjalanan kita, supaya kita menghabiskan perjalanan kita, dan melaksanakan rancangan-Nya untuk kita.

Satu salah tafsir yang biasa bagi Amsal 16:3 ialah kita harus menyerahkan rancangan kita kepada Tuhan. Sementara ini adalah betul, sebenarnya ayat ini menjelaskan bahawa kita harus menyerahkan usaha kita kepada Tuhan.

Apakah maksudnya?

Ini bermaksud sementara Allah sentiasa menyertai kita dan selalu inginkan hal yang terbaik bagi kita, Dia juga menjangka kita untuk memainkan peranan kita!

Orang yang merancang dan tidak bertindak tidak akan melihat rancangan mereka tercapai. Allah tidak mahu kita untuk duduk-duduk saja, menantikan campur tangan-Nya. Sebaliknya, kita mesti bekerja bersama-sama dengan Tuhan, dengar baik-baik dorongan-Nya, pimpinan-Nya, dan mengikuti jalan yang telah ditentukan oleh-Nya untuk kita. Ingatlah, sementara kita hanya melihat keadaan kita sekarang ini, Allah melihat gambaran keseluruhannya. Oleh itu, Dia menempatkan kita pada waktu dan dalam situasi yang kerap tidak difahami. Ini disebabkan Dia memiliki kejelasan dan kebijaksanaan untuk mengetahui bukan sahaja di mana kita ini, malah sebab kita ada di sana!

Demi menyerahkan usaha kita kepada Tuhan secara berjaya, kita mesti memasang telinga untuk mendengar nasihat-Nya.

Kita tidak boleh menjalankan rancangan sendiri sehinggalah kita berkongsi rancangan itu dengan Dia, dan meminta kebijaksanaan-Nya untuk melaksanakannya.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Commit Your Work to the Lord

Sertai David Villa dalam renungan terbarunya yang membincangkan implikasi mendalam menyerahkan usaha kita kepada Tuhan terhadap hidup kita.

More

Kami berterima kasih kepada David Villa kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://davidvilla.me/