Menyenangkan Hati AllahSampel
KEPUASAN DAN KESABARAN
Saya teringat masa tidak lama sebelum kolej tamat, waktu saya mula menanya diri, “Apakah kehendak Allah untuk hidup saya?” terutamanya pekerjaan yang harus dimulakan, jenis orang yang harus dikahwini, dan tempat tinggal yang seterusnya. Fikiran dan soalan tentang masa depan menimbulkan kerisauan dan tekanan. Terdapat banyak perkara yang tidak diketahui yang perlu dipertimbangkan dan banyak kesalahan yang mungkin dibuat. Saya mahu hidup saya diabdikan kepada Allah, cuma saya tidak mengetahui apa yang Allah mahu saya lakukan pada waktu itu. Mengapakah Allah tidak memberitahu saya sahaja dan memimpin saya secara aktif? Mengapakah Dia membenarkan kerumitan dan kesusahan dalam hidup saya?
Semasa membaca cerita Daud, saya menyedari bahawa walaupun hidup Daud amat berbeza daripada hidup saya, ada kebenaran yang menyatukan pengalaman kami: kehendak Allah untuk hidup kami tidaklah jelas dan mudah seperti yang kami inginkan. Dalam 1 Samuel, Daud dipilih oleh Allah untuk menjadi raja Israel yang akan datang, tetapi 15 tahun akan berlalu sebelum Daud dimahkotakan. Sepanjang masa ini, Daud berjaya dalam segala yang dilakukannya kerana Allah memberkati usahanya. Walau bagaimanapun, kejayaan Daud menjadikan Raja Saul cemburu dan kecemburuannya bertambah secara beransur-ansur sehingga ia bertindak ganas terhadap Daud. Semasa melarikan diri daripada tentera Saul yang ingin membunuhnya, Daud menahan kekeliruan diurapi Allah untuk menjadi raja Israel yang akan datang sementara diserang secara berterusan oleh raja Israel pada waktu itu.
Pada mulanya semasa saya membaca ini, saya mendapati menarik bahawa jalan Daud ke arah menjadi raja begitunya susah. Kita telah dipanggil untuk melakukan perkara yang besar untuk Tuhan, tetapi dalam prosesnya, kita menghadapi halangan dalam pengejaran kita. Kita berharap untuk hidup berdasarkan kehendak-Nya, tetapi tidak memahami bagaimana harapan itu sesuai dengan kesusahan, tekanan, dan segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita.
Semasa tempoh yang mengelirukan, memanglah penting untuk mempercayai bahawa Allah mengetahui apa yang sedang dilakukan-Nya. Kebanyakan situasi yang susah yang melanda kita ialah waktu yang membolehkan kita untuk menunjukkan iman kita dan mempercayai Dia. Mungkin memakan masa beberapa bulan atau tahun untuk memahami apa yang sedang dilakukan oleh Allah dalam hidup anda. Daripada rasa bimbang tentang apa yang akan berlaku seterusnya, tumpukan perhatian pada menemui kepuasan dalam Allah dan situasi semasa yang Dia tempatkan anda. Tumpuan pada sekarang ini menolong kita tetap berakar berumbi untuk mengerjakan injil dan mengasihi orang lain dengan baik. Kemudian, pupuklah sikap mempercayai yang mengejar panggilan Allah secara sabar berhubung dengan apa yang harus dilakukkan sekarang dan pada masa depan, mempercayai bahawa Dia mempunyai rancangan. Semasa berbuat demikian, ini membolehkan kita untuk menahan musim kesukaran dan mengarahkan kita kepada harapan yang lebih besar.
TANYA DIRI: Semasa saya menghadapi kesusahan, dapatkah saya mempercayai Allah dan rancangan-Nya sepenuhnya untuk hidup saya? Adakah saya menemui kepuasan saya dalam Dia, atau adakah saya mencari sukacita dan kegembiraan dalam perkara yang lain?
Perihal Pelan
Raja Daud digambarkan dalam Perjanjian Baru sebagai seorang yang menyenangkan hati Allah, maksudnya Daud menjajarkan hatinya dengan hati Allah. Semasa kita menyelidiki kehidupan Daud, matlamat siri ini ialah menganalisis perkara yang dilakukan oleh Daud dalam 1 & 2 Samuel demi membentuk hati kita menurut hati Allah dan menyerupai keamatan fokus dan semangat yang ditunjukkan oleh Daud sepanjang hidupnya.
More