Menyenangkan Hati AllahSampel

After God's Own Heart

HARI 2 DARIPADA 5

PERGANTUNGAN AKTIF

Saya masih ingat waktu sekolah menengah rendah saya yang sangat sibuk. Peperiksaan akan bermula tidak lama lagi, pendaftaran kolej berjalan dengan rancak, dan nampaknya semua orang di sekeliling saya bergerak lebih cepat daripada saya. Saya rasa tertekan, bimbang, dan tidak tahu bagaimana mengatasinya. Saya ingat saya menanya diri, "Mengapa saya begitu tertekan?" dan "Mengapa semua perkara macam menentang saya?" Yesus tidak menjanjikan hidup yang mewah dan kegembiraan yang tetap. Sebenarnya, Dia menjamin bahawa kita akan menghadapi banyak kesukaran. Maka, sebagai orang percaya, apakah yang harus kita lakukan semasa kehidupan menjadi susah?

Cerita Daud dan Goliat mungkin cerita Alkitab yang paling terkenal. Daud, seorang gembala yang muda, berdepan dengan raksasa yang sepatutnya memenyekkannya. Namun, walaupun dirasakan tidak mungkin, Daud mengalahkan Goliat. Bagaimana Daud melakukannya? Kerana pergantungan aktif-Nya pada Tuhan. Daud adalah lebih kecil dan lebih lemah daripada Goliat, tetapi ia bergantung sepenuhnya pada kekuatan dan kuasa Allah yang menolong dan menyelamatkannya. Daud menyatakan keyakinannya kepada Goliat, "Aku datang melawan engkau demi nama TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah tentera Israel, yang engkau hina itu. Hari ini juga TUHAN akan menyerahkan engkau ke dalam tanganku." Kemudian, bergantung pada Allah untuk kemenangan, Daud mengambil batu dan melontarkannya.

Allah kita baik. Dia menggunakan masa yang susah untuk perkara yang baik. Roma 11:36, "Segala-galanya daripada Dia, melalui Dia dan kepada Dia. Bagi Allah kemuliaan selama-lamanya." Allah menggunakan tekanan kita, pergelutan kita demi kemuliaan-Nya dan untuk kebaikan kita. Allah menggunakan kelemahan kita dan menjadikannya kekuatan untuk kerajaan-Nya. Meskipun dalam situasi yang paling teruk dan susah, Allah ialah pembekal dan penyelamat kita, oleh itu, lebih-lebih lagi kita harus bergantung pada kuasa, kebijaksanaan, dan kedamaian-Nya.

Oleh itu, apakah maksudnya bagi kita? Paulus menulis dalam Filipi 4:6-7 bahawa kita tidak harus khuatir akan apa pun, tetapi berdoa dengan tekun, dan menyerahkan semua pergelutan kita kepada Allah, dan kedamaian-Nya akan memelihara kita. Gunakan hari ini sebagai peluang untuk bergantung pada Tuhan dan mengerjakan tugas yang telah diberikan-Nya kepada anda secara aktif.

TANYA DIRI: Adakah anda menjalankan hidup anda sebagai gambaran pergantungan anda pada Bapa? Dari segi apakah anda bergantung pada kekuatan sendiri daripada menyerahkannya kepada Tuhan?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

After God's Own Heart

Raja Daud digambarkan dalam Perjanjian Baru sebagai seorang yang menyenangkan hati Allah, maksudnya Daud menjajarkan hatinya dengan hati Allah. Semasa kita menyelidiki kehidupan Daud, matlamat siri ini ialah menganalisis perkara yang dilakukan oleh Daud dalam 1 & 2 Samuel demi membentuk hati kita menurut hati Allah dan menyerupai keamatan fokus dan semangat yang ditunjukkan oleh Daud sepanjang hidupnya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Grace Bible Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.grace-bible.org/college