5 Doa Kerendahan HatiSampel

5 Prayers of Humility

HARI 5 DARIPADA 5

Doa 5: “Tuhan, Berikan Saya Hati yang Hancur dan Sesal.”

Mazmur 51 merupakan Mazmur kegemaran saya semasa saya menyedari bahawa saya telah berdosa.

Nyatanya, saya tidak pernah ingin berdosa. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan orang, kadang kala saya memang berdosa. Memandangkan saya selalu meminta Allah untuk mengawal saya, Dia segera menyabitkan saya kerana kesalahan yang dilakukan.

Semasa saya berdosa, kadang-kadang saya betul-betul bertaubat pada mulanya.

Dalam keadaan tersebut, saya terus bertaubat dan berdamai dengan Allah. Keadaan tersebut merupakan hari yang senang, kerana Dia mengampunkan kita sebaik sahaja kita mengakui dosa kita (Lihat 1 Yohanes 1:9.)

Walau bagaimanapun, pada hari yang lain, saya memerlukan Tuhan untuk mengubah hati saya. Saya mungkin begitu marah sehinggakan saya tidak menyesali kelakuan saya. Pada waktu tersebut, saya meminta Tuhan agar mengubah hati saya—dan membuat saya betul-betul bertaubat kerana dosa saya.

Kita semua harus mendoakan hati yang hancur dan sesal setiap hari.

Memiliki hati yang hancur dan sesal bermakna hati anda sentiasa lembut terhadap Allah. Ini tidak bermakna anda duduk sahaja dan berasa murung, "mati kerana hati yang hancur."

Sebaliknya, ini bermakna anda akan mencapai dan tetap dalam keadaan mabuk cinta terhadap Yesus. Dalam keadaan demikian terhadap Penyelamat kita, anda akan sentiasa mengakui kebergantungan anda pada-Nya. Kelembutan hati terhadap Yesus menghasilkan kedekatan dengan Dia yang memenuhi anda dengan sukacita yang tidak terucapkan dan kemuliaan yang lengkap.

Maka, ucapkan doa ini hari ini:

"Tuhan, berikan saya hati yang hancur dan sesal yang akan Engkau terima!"

Ucapkan doa ini setiap hari, dan terus mencari Tuhan semasa anda mendoakannya. Dia sahajalah yang berupaya mengubah hati anda dan betul-betul merendahkan hati anda di hadapan-Nya. Namun, semasa Dia berjalan bersama dengan anda dalam perjalanan anda ke arah kerendahan hati, Dia akan mengganjar anda dengan baik—dan kasih kurnia-Nya akan ditunjukkan dengan berkuasa dalam hidup anda.

Adakah Pelan Alkitab ini membantu anda? Jika anda inginkan alat dan sumber tambahan, lihatlah koleksi panduan doa percuma kami di FromHisPresence.com!

Hari 4

Perihal Pelan

5 Prayers of Humility

Perlukan lebih banyak kasih kurnia, kemurahan hati, dan berkat Allah? Ucapkan lima doa kerendahan hati ini untuk meminta kemurahan hati Tuhan terhadap anda dan menolong anda. Dia akan menjawab doa anda; Dia memberikan kasih kurnia kepada orang yang rendah hati! Jika anda merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan meninggikan anda.

More

Kami bersyukur kepada From His Presence Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.fromhispresence.com