5 Doa Kerendahan HatiSampel

5 Prayers of Humility

HARI 1 DARIPADA 5

Doa 1: “Tuhan, Rendahkanlah Diri Saya.”

Kerendahan hati di hadapan Allah adalah sangat penting; doa ringkas "Tuhan, rendahkanlah diri saya!" boleh mengubah hidup anda.

Namun, seperti apa-apa hal yang lain, kita tidak dapat menjadi rendah hati tanpa pertolongan Allah! Kita tidak dapat melakukan apa-apa tanpa bantuan-Nya. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Yesus dalam Yohanes 15:5: Tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa!

Mengapakah kita harus meminta agar Allah merendahkan diri kita?

1 Petrus 5:5-6 memberitahu kita bahawa Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati; dan, sudah tentu, kita harus mengikut teladan Yesus.

Sepanjang jalan kerendahan hati, peranan kita ialah menyerahkan diri semula setiap hari. Semasa kita berbuat demikian, menumpukan perhatian pada bersatu dengan Kristus detik demi detik, Dia akan memainkan peranan-Nya—iaitu mengubah hati kita dan membentuk kita menurut gambar-Nya. Allah sendiri berkuasa untuk mengubah hati kita.

Allah akan memberikan anda tangan yang bersih dan hati yang murni jika anda meminta Dia untuk berbuat demikian.

Saya meminta agar Dia berbuat demikian hampir setiap hari. (Saya berharap saya meminta setiap hari, tetapi ada kalanya saya lupa). Walau bagaimanapun, setiap kali saya meminta agar Dia merendahkan diri saya, saya rasa Dia mendekatkan saya lagi kepada-Nya.

Dia akan melakukan hal yang sama untuk anda. Jika anda meminta Tuhan untuk merendahkan diri anda setiap hari, Dia akan mengubah anda dan menolong anda berjalan di hadapan-Nya dalam kekudusan dan kekariban dengan Dia.

Hari 2

Perihal Pelan

5 Prayers of Humility

Perlukan lebih banyak kasih kurnia, kemurahan hati, dan berkat Allah? Ucapkan lima doa kerendahan hati ini untuk meminta kemurahan hati Tuhan terhadap anda dan menolong anda. Dia akan menjawab doa anda; Dia memberikan kasih kurnia kepada orang yang rendah hati! Jika anda merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan meninggikan anda.

More

Kami bersyukur kepada From His Presence Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.fromhispresence.com