Memahami Kehendak AllahSampel
Pada hari pertama pelan ini, kita sudah melihat kehendak Allah bagi hidup kita. Kita melihat bahawa Allah lebih mementingkan watak jangka panjang kita berbanding kegembiraan jangka pendek kita. Kehendak-Nya bagi hidup kita ialah agar kita menjadi lebih menyerupai Kristus, dan asalkan kita mengutamakan kerajaan Allah dan kebenaran-Nya, semua hal yang lain akan diberikan kepada kita.
Andaikan anda sudah menjadikan Allah keutamaan anda, anda mencari Dia dengan sepenuh hati, dan anda menyerahkan hidup dan kehendak anda kepada Dia.
Apakah yang berlaku seterusnya?
Anda mungkin masih ingin mengetahui kehendak Allah bagi anda dalam situasi hidup anda yang tertentu, seperti kerja, pengajian, atau hubungan anda. Anda mungkin menantikan bimbingan, bisikan, isyarat, atau arahan daripada Dia.
Ada kalanya kita memahaminya, ada kalanya tidak.
Apakah yang anda lakukan apabila anda tidak mendengar apa-apa daripada Dia? Anda lakukan apa yang dilakukan oleh para rasul.
Kerana Roh Allah tidak membenarkan mereka memberitakan firman Allah di wilayah Asia, mereka menjelajah daerah Frigia dan Galatia. Apabila mereka tiba di perbatasan Misia, mereka mencuba masuk ke wilayah Bitinia, tetapi Roh Yesus tidak membenarkan mereka. Oleh itu mereka terus pergi ke Troas melalui Misia. Pada malam itu dalam suatu penglihatan Paulus melihat seorang Makedonia berdiri di hadapannya dan memohon, “Marilah datang ke Makedonia dan tolonglah kami!” Setelah Paulus melihat penglihatan itu, kami bersependapat bahawa Allah telah menyuruh kami mengkhabarkan Berita Baik kepada orang di situ. Oleh itu kami segera bersiap-siap untuk berangkat ke Makedonia. - Kisah Rasul-rasul 16:6-10
Paulus merupakan rasul yang sentiasa mengutamakan Allah, dan jika ada orang yang memerlukan bimbingan ketika ini, Pauluslah orang itu; kerana ia menjalankan misi yang besar untuk mengkhabarkan Yesus kepada dunia ini.
Inilah yang dilakukannya. Katanya, 'Marilah kita ke Bitinia untuk mengkhabarkan injil,' dan Roh Kudus menjawab tidak. Jadi, Paulus berkata, 'Okey, marilah kita pergi ke wilayah Asia.' dan bila sampai ke sana, Roh Kudus mengatakan tidak lagi. (Bagaimana? Kita tidak tahu, tetapi pokoknya ada halangan jelas yang menghalang Paulus daripada ke tempat tersebut)
Maka, Paulus berjalan ke arah laut ke kota Troas.
Imej daripada biblestudy.org
Tidakkah itu kaedah memimpin yang menarik? Ia tidak dipimpin jika ia tidak bergerak.
Paulus tidak duduk-duduk saja di Galatia dan menunggu Roh Kudus untuk memberikannya arahan yang khusus. Ia cuma berkata, 'Marilah kita melakukan ini, marilah kita meneruskan kerja, marilah kita cuba ini dan lihat apa yang berlaku,' dan dengan berbuat demikian, Roh Kudus memimpinnya.
Apabila ia tidak dapat meneruskan jalan, ia bermimpi tentang apa yang harus dilakukan, dan kini ia berada di tempat yang betul di mana kerjanya dapat dilaksanakan.
Kita dipimpin dengan lebih baik semasa kita bergerak - apabila kita meneruskan kerja kita.
Pengkhutbah David Pawson menyatakannya seperti ini, 'Kamu dapat mengawal kereta dengan lebih mudah semasa kereta itu sedang bergerak berbanding kereta yang pegun.'
Apakah yang anda lakukan semasa anda keliru tentang kehendak Allah bagi hidup anda? Apabila anda tidak tahu ke mana Dia mahu anda pergi?
Pertama, carilah Dia. Berdoa dan meluangkan masa dengan Dia. Mintalah orang lain untuk berdoa untuk anda, dapatkan nasihat, dan ketahuilah kehendak-Nya daripada Firman-Nya...
...kemudian lakukan sesuatu. Lakukan sahaja.
Benarkan Roh Kudus untuk memimpin anda sementara anda bergerak. Jangan duduk dan menunggu sahaja. Berdoalah dan mulakan sekarang. Jika anda sedang menantikan isyarat; mungkin inilah isyaratnya. Bergeraklah dan mempercayai Allah, dan Dia akan menentukan langkah anda.
Perihal Pelan
Pernahkah anda keliru tentang kehendak Allah dalam situasi yang tertentu? Pelan 3 hari ini meneroka cara untuk mengetahui kehendak-Nya - kehendak umum-Nya dan kehendak khusus-Nya bagi hidup kita.
More