Memahami Kehendak AllahSampel

Understanding God's Will

HARI 1 DARIPADA 3

Pernahkah anda keliru tentang kehendak Allah bagi hidup anda? Mungkin anda ingin mengetahui jika Allah mahu anda untuk menerima pekerjaan tertentu, mendaftar di kolej tertentu, atau jika anda harus berpindah ke kota lain.

Ataupun jika anda harus membuat keputusan ini atau keputusan itu.

Menghadapi banyak pilihan, anda cuma ingin mengetahui jalan yang terbaik bagi anda. Anda mendekati Allah dan berharap Dia akan mengarahkan anda kepada pilihan yang betul dan menyatakan kehendak-Nya.

Kita semua pernah mengalaminya. Kita semua ingin mengetahui apa yang diingini Allah daripada kita dan kita ingin membuat keputusan yang betul - pilihan yang terbaik.

Maka, kita menanya Allah tentang kehendak-Nya dan kita menantikan respons dan isyarat-Nya.

Kita mungkin berharap agar Dia memberikan kita mesej di awan dengan HURUF YANG TEBAL. Namun, kemungkinan besar ini tidak akan berlaku.

Walau bagaimanapun, kehendak Allah untuk hidup kita adalah jelas. Kehendak-Nya tertulis dalam Firman-Nya - berulang kali.

"Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus." - 1 Tesalonika 5:18
"Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan cabul..." - 1 Tesalonika 4:3
"Allah mahu kamu melakukan perbuatan baik supaya orang yang bercakap bodoh tidak berpeluang memfitnah kamu" - 1 Petrus 2:15
"TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita." - Mikha 6:8
"Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna." - Roma 12:2

Adakah semua ayat ini menolong anda sekarang ini?

Mungkin ya. Mungkin tidak.

Ayat tersebut kelihatan agak umum berkenaan cara kita harus menjalankan hidup kita, dan anda mungkin mengalami masalah yang tertentu.

Anda ingin mengetahui kehendak Allah demi membuat pilihan yang terbaik dalam situasi tertentu anda.

Yang dahulu didahulukan.

Allah lebih mengambil berat tentang watak jangka panjang kita daripada kegembiraan jangka pendek kita, dan itu merupakan sesuatu yang baik!

Disebabkan segala sesuatu dalam hidup ini akan berlalu kecuali sifat menyerupai Kristus kita.

Sekarang, jika itu merisaukan anda dan jika anda lebih berminat untuk mengetahui jawapan tentang pilihan yang harus dibuat daripada mengetahui kehendak Allah bagi hidup anda, saya berharap anda membaca ini, menyedari bahawa kami telah menulis semua ini kerana kasih kami terhadap anda -

Adakah itu masalahnya?

Bukankah masalahnya kita memilih jawapan yang cepat daripada siapa yang Allah ingin kita jadi?

Yesus mengatakannya, "Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu."

Semuanya itu - semua jawapan bagi soalan kita tentang pilihan yang harus dibuat, atau tentang kehendak Allah, dan semua perkara yang dirisaukan itu - akan diberikan kepada kita mengikut masa-Nya.

Doa itu ialah, "Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu."

Bukan "datanglah kerajaan saya, atau terlaksanalah kehendak saya."

Kehendak-Nya bagi kita ialah agar kita menjadi lebih menyerupai Dia, dan tiada hal yang lebih baik daripada itu. Kita boleh mempercayai-Nya berkenaan hal ini, dan kita boleh mempercayai bahawa Dia akan menguruskan yang selebihnya.

Sekarang ini anda mungkin mencari-cari jawapan tentang kehendak khusus Allah bagi hidup anda, jangan bimbang - itu akan dibincangkan esok.

Namun, ketahuilah bahawa Allah mengasihi anda dan ini merupakan kebenaran yang penting. Kerana jika Allah mengasihi anda, Dia betul-betul inginkan hal yang terbaik bagi anda. Dia mahu anda untuk menjadi yang terbaik - bukan terbaik yang mungkin anda capai sahaja, malah diri anda yang terbaik menurut ciptaan-Nya.

Hari 2

Perihal Pelan

Understanding God's Will

Pernahkah anda keliru tentang kehendak Allah dalam situasi yang tertentu? Pelan 3 hari ini meneroka cara untuk mengetahui kehendak-Nya - kehendak umum-Nya dan kehendak khusus-Nya bagi hidup kita.

More

Kami bersyukur kepada Awe & Wonder kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://aweandwonder.in/