Pandangan Alkitabiah Tentang Perubahan SosialSampel

A Biblical View On Social Change

HARI 5 DARIPADA 5

Kemenangan

Yesus tidak berasa puas hati untuk orang terus berkeperluan. Kita melihat ini dalam bacaan daripada Injil Markus. Hati-Nya penuh belas kasihan terhadap mereka dan ingin memberi makan kepada mereka. Akan tetapi, kaedah-Nya adalah melalui perkongsian bersama murid-murid-Nya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan makanan, yang kemudiannya digandakan, dan dalam pengedaran makanan kepada orang ramai.

Yesus mahu kita mengenal pasti sumber-sumber yang telah diberikan Allah kepada kita dan orang lain, walau betapa tidak mencukupi bilangannya, dan untuk mengaturnya ke arah memenuhi keperluan.

“Yesus memerlukan apa yang kita boleh bawakan kepada-Nya. Ia mungkin tidak banyak tetapi Dia memerlukannya. Dunia ini mungkin tidak diberikan mukjizat demi mukjizat dan kemenangan demi kemenangan kerana kita tidak membawakan kepada Yesus apa yang kita miliki dan diri kita juga. Jika kita menempatkan diri pada mazbah pelayanan-Nya, kita tidak dapat meramalkan apa yang Dia boleh lakukan dengan kita dan melalui kita. Kita mungkin rasa sedih dan malu bahawa kita tidak dapat membawakan banyak – dan memang seharusnya demikian; tetapi itu bukanlah alasan untuk kegagalan membawakannya. Sedikit adalah sentiasanya banyak pada tangan Kristus.”
-William Barclay

Renungkan:

Bagaimanakah Yesus mahu bekerja bersama dengan kita demi orang lain? Apakah langkah-langkah tertentu yang mungkin dipanggil-Nya untuk diambil kita supaya keperluan orang di sekeliling kita dapat dipenuhi?

Hari 4

Perihal Pelan

A Biblical View On Social Change

Banyak kumpulan Kristian prihatin dalam memenuhi sama ada keperluan rohani atau keperluan fizikal. Apakah yang harus menjadi keutamaan kita sebagai orang Kristian? Apakah yang boleh kita pelajari daripada Alkitab mengenai perkara ini?

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv