Pandangan Alkitabiah Tentang Perubahan SosialSampel
Diberi Kuasa
Bagaimanakah kita harus mengasihi Allah? Apakah maksudnya mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sendiri? Adakah kita betul-betul mengambil berat tentang kebajikan mereka, baik dari segi fizikal mahupun dari segi rohani?
Yesus mengambil berat tentang seluruh peribadi. Dia menyembuhkan orang yang sakit semasa berkhutbah dan mengajar. Dengan mengikuti Dia, kita mesti turut mengambil berat tentang hal yang diambil berat-Nya.
Apabila Yesus mengutuskan dua belas orang murid-Nya untuk melayani orang lain, Dia telah mengarahkan mereka untuk menyembuhkan orang yang sakit dan untuk mengambil berat tentang keperluan fizikal orang lain semasa mereka mengkhabarkan berita baik tentang Yesus Kristus.
Renungkan:
Yesus telah memberikan kuasa kepada kita untuk memenuhi keperluan orang lain. Bagaimanakah kita harus bertindak untuk memenuhi keperluan dalam komuniti kita demi memberikan mereka kuasa untuk memenuhi keperluan sendiri?
Kitab
Perihal Pelan
Banyak kumpulan Kristian prihatin dalam memenuhi sama ada keperluan rohani atau keperluan fizikal. Apakah yang harus menjadi keutamaan kita sebagai orang Kristian? Apakah yang boleh kita pelajari daripada Alkitab mengenai perkara ini?
More