Garam Dan CahayaSampel

Salt And Light

HARI 3 DARIPADA 5

Pelita adalah penting untuk setiap rumah pada zaman Yesus. Ia memenuhi rumah dengan cahaya, menghilangkan dan mengatasi kegelapan. Kita, sebagai orang Kristian, mempunyai fungsi yang serupa dalam dunia ini.

Bayangkan dunia tanpa cahaya. Fikirkan sebanyak cara yang mungkin di mana kehidupan anda akan menjadi berbeza.

Dunia seperti itu adalah tidak selamat. Kita tidak dapat melihat satu sama lain, atau melakukan kebanyakan tugas, jugalah sukar untuk berjalan. Dunia tanpa cahaya amat menakutkan. Disebabkan kegelapan kerapnya topeng bagi kejahatan dan bahaya. 

Menurut Yesus, tidak berguna menjadi murid rahsia. Dia merujuk kepada diri-Nya sebagai cahaya bagi dunia—cahaya yang tidak mungkin dipadamkan oleh kegelapan. 

Yesus ialah cahaya bagi dunia dan kita menunjukkan jalan kepada-Nya melalui kesaksian kata-kata dan perbuatan kita. Jika kita gagal membantu orang lain menemui-Nya, dunia ini akan kekal dalam kegelapan dan tidak dapat berkembang maju.

Anda boleh menambahkan cahaya kepada kegelapan, tetapi tidak mungkin menambahkan kegelapan kepada cahaya. Kita mesti menerangkan jalan dengan kasih karunia, kasih, dan belas kasihan.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Salt And Light

Yesus memanggil Jemaat untuk menjadi garam dunia dan cahaya bagi dunia - sifat-sifat yang penting untuk kehidupan yang berkelimpahan. Pengajian ini menerokai cara kita dimaksudkan untuk hidup sebagai garam dan cahaya dalam perjalanan Kristian kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv