Garam Dan CahayaSampel
Pada masa silam, garam adalah penting. Mineral ini digunakan untuk tujuan perubatan sebagai antiseptik semula jadi untuk membersihkan luka dan membunuh bakteria. Garam juga digunakan untuk mengawet makanan, terutamanya dalam cuaca panas di mana makanan menjadi busuk dengan cepat, dan sebagai perisa sebagaimana pada masa kini.
Dalam Alkitab, Yesus mengingatkan murid-murid-Nya tentang kehilangan kemasinan mereka. Garam yang digunakan pada zaman itu digali dari pesisir Laut Mati. Campuran mendapan garam yang tidak tulen membentuk bahan seperti kapur yang serupa dengan garam tulen tetapi tidak memiliki apa-apa sifat garam. Lama-kelamaan, garam yang tulen akan larut, meninggalkan baki tidak berguna yang harus dibuang.
Ada sesuatu yang sungguh mengecewakan tentang sesuatu yang kelihatan seperti garam tetapi tidak memiliki kebergunaannya. Inilah sebabnya Yesus mahu kita untuk mengekalkan sifat masin tersendiri kita supaya kita boleh terus memberikan kesan terhadap dunia yang lebih luas. Ini bermaksud mengekalkan hubungan yang betul dengan-Nya dan mentaati perintah-Nya.
Jemaat dipanggil untuk memberi rasa pada setiap aspek kehidupan dan budaya, menentang kesan dosa dan kejahatan, menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk perkembangan kita.
Perihal Pelan
Yesus memanggil Jemaat untuk menjadi garam dunia dan cahaya bagi dunia - sifat-sifat yang penting untuk kehidupan yang berkelimpahan. Pengajian ini menerokai cara kita dimaksudkan untuk hidup sebagai garam dan cahaya dalam perjalanan Kristian kita.
More