Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 34 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 6:13-17.
Ada kemungkinan besar Tuhan akan membenarkan situasi kehidupan anda yang akan menguji iman anda. Apakah anda mempunyai iman ataupun apakah anda kekhuatiran? Adakah sebarang keadaan dalam kehidupan anda kini yang menguji iman anda? Apakah yang anda khuatir? Bagaimanakah anda dicabar mempercayai Allah? Beritahulah Tuhan dan pakaikan seluruh perlengkapan senjata Allah. Gunakan setiap senjata dalam perjuangan anda. Jika perlu, baca kembali meditasi agama semalam.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 6:14
"Oleh itu, kamu harus bersiap sedia! Gunakanlah ajaran benar tentang Allah sebagai tali pinggang dan ketulusan sebagai perisai dada."

MENJIRAM BENIH
Petikan Efesus ini mengajar kita memakai tali pinggang kebenaran. Allah memberi kita firmanNya sebagai perisai kita. Kita diberi kebenaran untuk melindungi kita dari penipuan. Dalam bua kita, kita dikelilingi oleh kebohongan - dalam akhbar, filem, dan TV. Seluruh hari ini, telitikan fikiran anda. Bersedarlah terhadap apa yang anda dengar di radio atau baca di suratkhabar. Anda sudah diberi perlengkapan senjata yang istimewa, gunakanlah ia! Pakaikan tali pinggang kebenaran Allah sebelum meninggalkan meditasi ini. Pakaikan perlengkapan senjata anda. Bersedialah.

BERBUAH
Berdiri tegap.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 33Hari 35

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org