Musuh HatiSampel

Enemies Of The Heart

HARI 5 DARIPADA 5

Andy Stanley: Musuh Hati

Renungan Hari 5

"Membawa Keinginan Anda kepada Allah"

Bacaan Alkitab: Yakobus 4:1-3

Setiap satu musuh hati ditenagakan oleh idea bahawa seseorang terhutang sesuatu. Rasa bersalah berkata, "Saya berhutang pada kamu." Kemarahan disemarakkan oleh tanggapan bahawa anda berhutang pada saya. Ketamakan dikekalkan oleh anggapan bahawa saya berhutang pada diri sendiri. Isu hati yang keempat ini juga sama. Kecemburuan. Kecemburuan berkata, "Allah berhutang pada saya."

Apabila kita fikir tentang kecemburuan atau rasa iri hati, kita segera berfikir tentang apa yang dimiliki oleh orang lain yang tidak kita miliki—ketampanan, kemahiran, peluang, kesihatan, ketinggian, warisan, dsb. Kita menganggap bahawa masalah kita terletak pada orang yang memiliki apa yang kita kekurangan. Namun, secara jujur; Allah boleh menyelesaikan semua itu untuk kita. Walau apa pun yang diberikan-Nya kepada jiran anda, Dia boleh memberikannya kepada anda juga. Itulah sebabnya anda rasa dalam hati anda bahawa Dia berhutang pada anda.

Kecemburuan boleh menimbulkan rasa gentar dalam kehidupan anda dan mengucar-ngacirkan hubungan anda. Berita baiknya adalah, Behemot ini, seperti tiga Behemot yang lain itu, mempunyai satu kelemahan. Kelemahan itu bukanlah sesuatu yang dijangkakan: berhenti mendambakan apa yang dimiliki orang lain dan mula meminta Allah untuk apa yang Dia tahu adalah paling baik buat anda.

Seperti yang dinyatakan oleh Yakobus, konflik luaran kita adalah akibat langsung daripada konflik dalaman yang telah timbul ke permukaan. Kita inginkan sesuatu yang tidak dimiliki, jadi kita bersaing dengan orang lain. Keinginan yang dirujuk oleh Yakobus dalam petikan ini mewakili kedahagaan yang tidak habis-habis—kedahagaan kita akan benda, wang, pengakuan, kejayaan, perkembangan, keintiman, seks, keseronokan, hubungan, perkongsian.

Maka, apakah yang kita lakukan dengan keinginan dan nafsu yang tidak mungkin dipuaskan sepenuhnya? Yakobus mengatakan kita harus membawanya kepada Dia yang telah menciptanya. Dengan kata lain, Yakobus memberikan kita kebenaran untuk meluahkan hati kita dalam perbualan yang tidak bertapis dengan Pencipta kita.

Setiap kerisauan anda, besar dan kecil, adalah penting kepada Bapa kerana anda adalah penting kepada Bapa. Sama ada ia berkenaan kehidupan cinta anda, kerjaya anda, perkahwinan anda, ibu bapa anda, anak anda, kewangan anda, pendidikan anda, atau rupa anda, bawalah kepada Dia. Terus membawanya kepada-Nya sehingga anda menemukan kedamaian untuk berdiri dan menghadapi hari, yakin dalam pengetahuan bahawa Dia mengambil berat tentang anda.

Biarlah saya meyakinkan anda, hati anda akan sentiasa menjadi tumpuan hati-Nya.

Apakah yang diinginkan hati anda? Luangkan masa untuk perbualan yang bebas dan tidak segan-segan dengan Allah tentang apa yang anda rasa anda kekurangan. Mintalah Dia untuk memberkati anda dalam cara yang Dia tahu adalah cara yang terbaik—dan agar Dia menyatakan kasih-Nya kepada anda dalam proses itu.

Kami berharap anda seronok membaca renungan YouVersion Andy selama 5 hari ini tentang "Musuh Hati." Ketahui lebih lanjut dan ketemukan penyembuhan dan pemulihan jangka panjang dengan mendapatkan satu salinan buku Andy, Enemies of the Heart, dari kedai yang berdekatan dengan anda.

 

Hari 4

Perihal Pelan

Enemies Of The Heart

Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Andy Stanley dan Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: bit.ly/2gNB92i