Musuh HatiSampel

Enemies Of The Heart

HARI 4 DARIPADA 5

Andy Stanley: Musuh Hati

Renungan Hari 4

"Berjaga-jaga terhadap Ketamakan"

Bacaan Alkitab: Lukas 12:13-21

Musuh hati yang ketiga? Ketamakan. Ia adalah ketika kita rasa kita patut menerima semakin banyak kekayaan dan barang-barang duniawi. Ketamakan berkata, "Saya terhutang kepada diri sendiri."

Yesus berkata, "Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak!" Mengapa? Disebabkan antara empat keadaan hati yang dibincangkan, ketamakan adalah keadaan yang paling tidak ketara. Ketamakan boleh mendiami hati dan tidak dikesan selama bertahun-tahun. Hati yang tidak berkawal amat mudah dijangkiti penyakit yang melemahkan ini. Ia sukar dikesan—terutamanya pengesanan kendiri.

Yesus mendedahkan pembohongan yang memarakkan segala ketamakan: "Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali." Namun, tidakkah semua orang mengetahui itu? Adakah kita betul-betul percaya bahawa kehidupan kita sama nilai dengan apa yang dimiliki? Jawapannya ialah tidak dan ya. Tidak, tidak semua orang mengetahui itu. Ya, terdapat orang yang mempercayai bahawa kehidupan seseorang adalah sama nilai dengan apa yang dimiliki. Banyak antara kita hari ini lebih cenderung kepada kepercayaan ini daripada yang dibayangkan.

Setelah menyatakan satu perumpamaan, Yesus memberikan definisi-Nya tentang orang yang tamak: orang yang mengumpulkan harta untuk diri sendiri, padahal tidak kaya di sisi Allah. Menjadi "kaya di sisi Allah" adalah cara Yesus mengatakan menjadi murah hati terhadap orang yang memerlukan bantuan. Orang yang tamak adalah lelaki atau perempuan yang berjimat dengan hemat tetapi memberi dengan berkira.

Pemberian yang murah hati akan melepaskan cengkaman ketamakan pada kehidupan anda. Jadi, sama ada anda fikir anda mempunyai lebihan atau tidak, berilah dan beri secara murah hati. Anda harus memberi sehinggakan ia memaksa anda untuk mengubah suai gaya hidup anda. Jika anda tidak rela memberi sehinggakan ia memberikan kesan terhadap gaya hidup anda, maka menurut Yesus, anda bersifat tamak. Jika anda mengguna sehinggakan tinggal sedikit atau tiada apa-apa yang boleh diberikan, anda bersifat tamak.

Saya tahu itu adalah ketat. Sebenarnya, ia adalah keras.

Walau bagaimanapun, ia adalah benar.

Putuskan kuasa ketamakan melalui tabiat memberi dengan murah hati. Itu adalah tabiat yang mengubah segala sesuatu.

Periksa kemurahan hati anda dalam pemberian sepanjang 12 bulan yang lalu. Apakah yang dikatakan oleh pemberian bermurah hati anda tentang hati anda? Berdoalah tentang keadaan anda sekiranya anda memulakan tahap kemurahan hati yang baru untuk 12 bulan seterusnya.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Enemies Of The Heart

Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Andy Stanley dan Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: bit.ly/2gNB92i