Bercakap dengan Allah dalam DoaSampel

Talking With God In Prayer

HARI 2 DARIPADA 4

MEMUJI ALLAH DALAM DOA

BERCAKAP DENGAN ALLAH
Memuji Allah kerana mencipta anda dan segala sesuatu yang anda miliki, termasuk makanan, rumah dan orang yang mengasihi anda.

MENYELAMINYA
Fikir tentang perkara yang membuat anda rasa syukur. Senaraikan 10 perkara. Beritahu seseorang sebab anda rasa bersyukur bagi setiap satunya, dan puji Allah atas segala pemberian-Nya kepada anda.

MENDALAMINYA
Melalui doa berkat pendek yang berhubungan dengan kehidupan sehari-hari, orang belajar memuji Allah dan mengungkapkan kesyukuran. Semasa membuka mata pada waktu pagi, anda boleh berdoa, "Terima kasih, Allah, kerana mata saya. Terima kasih kerana penglihatan." Semasa mengenakan pakaian, anda boleh berdoa, "Terima kasih, Allah, kerana memenuhi keperluan saya — memberikan saya pakaian, seperti ini," dan semasa melihat matahari, anda boleh mengucapkan, "Allah, Engkau amat hebat! Terima kasih kerana ciptaan-Mu." Mazmur 145:1-2 merupakan contoh baik tentang cara memuji Allah: "Aku akan mengagungkan Engkau, ya Allahku dan Rajaku; aku bersyukur kepada-Mu selama-lamanya. Setiap hari aku akan bersyukur kepada-Mu; aku akan memuji Engkau selama-lamanya." Puji Allah hari ini dan setiap hari!

BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Bagaimanakah penyenaraian perkara yang membuat anda rasa syukur mengubah sikap anda?
- Jika anda memuji Allah atas segala sesuatu yang diberikan-Nya kepada anda, betapa banyak masa yang diperlukan?
- Bagaimanakah memuji Allah mengubah anda?
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Talking With God In Prayer

Kehidupan berkeluarga mungkinlah sibuk, dan kita mungkin tidak sentiasa meluangkan masa untuk berdoa—apatah lagi ingat hendak membantu anak kita membentuk tabiat melibatkan Allah dalam hari mereka. Dalam pelan ini, keluarga anda akan melihat betapa Allah ingin mendengar daripada kita dan bagaimana doa menguatkan hubungan kita dengan-Nya dan sesama satu sama lain. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan perbincangan soalan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Focus on the Family kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.FocusontheFamily.com