Bercakap dengan Allah dalam DoaSampel
ALLAH MERINDUKAN ANDA
BERCAKAP DENGAN ALLAH
Bersyukur kepada Allah kerana segala cara di mana Dia mengasihi dan menjaga anda. Minta-Nya agar menunjukkan kepada anda betapanya Dia ingin anda bercakap dengan-Nya pada setiap hari.
MENYELAMINYA
Aturkan beberapa gelas kecil di sebelah sinki dapur. Isi gelas itu, satu demi satu. Bincangkan bagaimana anda dapat mengisi setiap bekas dalam rumah anda dan air masih mengalir daripada paip. Dalam cara yang sama, kerinduan Allah untuk anda tidak akan berakhir.
MENDALAMINYA
Allah sentiasa sedia ada buat anda. Sebagaimana anda boleh mengisi sebiji gelas lagi dengan membuka paip, anda dapat menikmati hadirat Allah dengan mendekati-Nya dalam doa. Baca Yesaya 30:18: "Namun TUHAN menanti-nantikan saatnya untuk menunjukkan belas kasihan-Nya kepada kamu. Dia mengasihani kamu kerana Dia Allah yang sentiasa berbuat adil. Berbahagialah mereka yang berharap kepada TUHAN." Allah ingin anda bertumbuh lebih rapat kepada-Nya, dipenuhi kasih dan damai-Nya, kerana Dia inginkan hal yang terbaik buat anda. Walaupun Allah bekerja bagi pihak anda, Dia mahu anda memberikan respons kepada-Nya, menunjukkan kerelaan untuk mengongsikan kehidupan anda dengan-Nya. Salah satu cara anda dapat melakukan ini adalah dengan bercakap kepada-Nya pada setiap hari.
BERCAKAP KEPADA SATU SAMA LAIN
- Siapakah orang kegemaran yang anda suka berbual dengannya, dan apakah yang menjadikannya orang kegemaran anda?
- Ceritakan tentang waktu di mana anda rasa ingin sangat bercakap dengan orang ini. Mengapakah anda ingin bercakap dengannya?
- Mengapakah Allah ingin berbelas kasihan terhadap anda?

Kitab
Perihal Pelan
Kehidupan berkeluarga mungkinlah sibuk, dan kita mungkin tidak sentiasa meluangkan masa untuk berdoa—apatah lagi ingat hendak membantu anak kita membentuk tabiat melibatkan Allah dalam hari mereka. Dalam pelan ini, keluarga anda akan melihat betapa Allah ingin mendengar daripada kita dan bagaimana doa menguatkan hubungan kita dengan-Nya dan sesama satu sama lain. Setiap hari termasuk doa pendek, bacaan dan penjelasan Alkitab yang ringkas, aktiviti praktikal, dan perbincangan soalan.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Focus on the Family kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.FocusontheFamily.com