21 Hari Sehingga KelimpahanSampel
Kehausan Rohani
Anda berjaya! Anda bertabah mengerjakan pengosongan diri yang menyakitkan hati dan susah akan segala sesuatu yang menghalang anda daripada menerima semua perkara yang disediakan oleh Allah untuk anda. Sepanjang tujuh hari yang lepas, anda telah merendahkan diri, meneliti diri, dan menyingkirkan perkara yang hanya memuaskan daging anda. Perjalanan ini tidaklah mudah, tetapi memang berbaloi.
Sepanjang tujuh hari seterusnya, kita menetapkan hati kita ke arah dipenuhi Roh Kudus. Ruang yang telah dikosongkan dalam hidup kita bakal dipenuhi dengan kepenuhan Allah. Peralihan besar yang tidak pernah dialami akan melanda hidup anda. Bersedialah untuk perubahan hidup anda.
Dalam Yohanes 4:13-14, ini digambarkan sebagai kehausan rohani. Hal dunia ini – rujukan air Yesus yang pertama – akan menghilangkan kehausan anda untuk sementara waktu, tetapi anda akan berasa haus lagi. Dia meneruskan tentang air yang akan menghilangkan kehausan anda untuk selama-lamanya. Air ini ialah Roh Kudus. Ini seharusnya menjadi air yang diingini oleh kita.
Dalam Yohanes 7:37-39, Yesus meneruskan perbincangan ini semasa Dia berkata, "Sesiapa yang dahaga hendaklah datang kepada-Ku untuk minum." Demi menerima Roh, air kekal ini, kita perlu menerima Yesus dan mempercayai apa yang dikatakan-Nya dalam Firman Allah.
Kita tidak harus buat-buat hidup sahaja. Kita harus mendahagakan air segar yang hidup yang hanya dapat diberikan oleh Roh Kudus.
Perihal Pelan
Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!
More