Jangan Bimbangkan Apa PunSampel
Hidup Bebas Daripada Kebimbangan
Kita mendapati kebimbangan bukanlah hal yang terbaik daripada Allah untuk kita. Kita juga membuktikan bahawa penawar kebimbangan ialah doa, yang menghasilkan kedamaian.
Namun, bagaimanakah kita menghentikan kebimbangan sebelum kebimbangan itu merangkul kita?
Saya percaya jawapannya ialah membina hidup yang damai.
Alkitab menyatakan ini dalam Roma 12:18:
‘Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang.’
Semua orang. Ini termasuk diri sendiri!
Jika kita berperang dengan orang lain atau dalam diri, ada banyak perkara yang membimbangkan. Namun, jika kita membina hidup yang damai, kita lebih berpeluang untuk hidup bebas daripada kebimbangan.
Kebijaksanaan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan damai.
- Daripada berbelanja besar, berjimat. Maka, anda akan mengalami kedamaian dari segi kewangan.
- Daripada tiba 10 minit lambat ke tempat kerja setiap hari, tibalah 10 minit lebih awal. Maka, anda akan mengalami kedamaian kerana anda membina reputasi yang baik di tempat kerja anda.
- Daripada bangun pada saat-saat akhir, bangunlah lebih awal dan menghabiskan masa bersama dengan Allah pada permulaan hari anda. Maka, anda akan mengalami kedamaian, menyedari bahawa anda telah menyiapkan diri untuk menang pada hari itu.
Tindakan yang bijak seperti contoh tersebut boleh diterapkan dalam setiap lingkungan hidup kita. Menjalankan hidup yang benar bukanlah 'idea yang baik' sahaja, malah digalakkan dalam kitab suci kerana amalan ini menghasilkan kedamaian dalam hidup kita.
Kawan, berita baik tentang kedamaian Allah ialah kedamaian itu tidak dapat diganggu. Kedamaian itu ialah hadiah yang diberikan oleh Pemberi yang muktamad.
Yohanes 14:27 menyatakan:
“Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”
Binalah hidup yang damai.
Hidup secara benar.
Hidup secara bijak.
Semua ini merupakan ramuan kehidupan bebas tanpa kebimbangan.
Langkah Seterusnya
Akhirnya, hafal Yohanes 14:27.
Bila-bila kebimbangan mengetuk pintu anda, ingatlah bahawa Allah sudah memberikan anda kedamaian, dan hadiah itu tidak dapat dirampas daripada anda.
Untuk lebih banyak renungan daripada CBN Europe, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelayanan kami, klik di
sini.
Perihal Pelan
Kebimbangan merupakan pencuri masa, tenaga, dan kedamaian kita. Namun, mengapakah kita berasa bimbang? Dalam renungan 3 hari ini, kami akan mengkaji kebimbangan, mengapa kita berasa bimbang, dan bagaimana menghentikannya.
More