Jangan Bimbangkan Apa PunSampel
Mengatasi Kebimbangan
Yesus tidak membiarkan kita bersendirian dengan kebimbangan kita. Dia tahu bahawa kita akan berasa bimbang dan memberikan kita proses untuk diikuti semasa dilanda kebimbangan. Kita tidak ditinggalkan tidak berdaya. Alkitab mengandungi kebijaksanaan yang banyak bagi waktu kebimbangan melanda.
Berhenti sejenak dan baca Filipi 4:6-7.
Sungguh menakjubkan! Kita betul-betul memiliki rumus untuk kebimbangan dalam kitab suci!
Kebimbangan + Doa (Keperluan + Kesyukuran) = Kedamaian.
Apabila bil diterima – berdoalah. Bersyukur kepada Allah kerana pendapatan anda dan segala sesuatu yang telah dilakukan-Nya dalam kehidupan kewangan anda.
Apabila mereka belum balik – berdoalah. Bersyukur kepada Allah kerana hubungan dan kasih yang dikongsi.
Apabila anak anda pergi ke tabika pada hari pertama – berdoalah. Bersyukur kepada Allah kerana kurnia anak dan persediaan sekolah bimbingan kanak-kanak.
Kemudian, sesudah anda berdoa dan bersyukur serta menyerahkan keperluan anda, benarkan kedamaian yang hanya dapat diberikan oleh Allah untuk menguasai anda.
Ini mungkin tidak berlaku dengan serta-merta, anda mungkin perlu mendekati Allah melalui doa, tetapi kedamaian itu pasti akan datang. Allah telah menjanjikannya.
Ketika berasa bimbang, memanglah menggoda untuk mengangkat telefon atau berkongsi kebimbangan kita dengan orang lain. Ada masa dan tempat untuk berbuat demikian. Namun, cara terbaik untuk mengatasi kebimbangan ialah mendekati Allah dahulu. Ini bukan sahaja memuliakan dan memberkati Dia, malah mengelakkan kita daripada membiarkan kebimbangan berganda.
Kawan, Allah mengambil berat terhadap anda. Dia mahu kita untuk mendekati Dia bukannya dikuasai oleh kebimbangan. (Baca 1 Petrus 5:7)
Perkara yang menakjubkan tentang persamaan yang ditemui dalam Alkitab itu ialah kita boleh menerapkannya di mana jua, pada bila-bila sahaja. Apabila iman kita adalah berdasarkan hubungan, bukan agama, kita sedar bahawa kita memiliki akses kepada Allah melalui doa, bila-bila kebimbangan timbul.
Kebimbangan + Doa (Keperluan + Kesyukuran) = Kedamaian.
Jangan membenarkan musuh untuk merampas sukacita hari ini. Serahkan kebimbangan anda kepada Yesus dan membenarkan Dia untuk memenuhi anda dengan kedamaian.
Langkah Seterusnya
Seperti hari pertama, kita akan menghafal ayat Alkitab utama untuk mengatasi kebimbangan.
Baca Filipi 4:6-7. Teruskan sehingga ayat ini diingati.
Sekarang, bila-bila anda berasa bimbang, anda mempunyai pilihan ayat Alkitab untuk menolong anda.
Perihal Pelan
Kebimbangan merupakan pencuri masa, tenaga, dan kedamaian kita. Namun, mengapakah kita berasa bimbang? Dalam renungan 3 hari ini, kami akan mengkaji kebimbangan, mengapa kita berasa bimbang, dan bagaimana menghentikannya.
More