Kehidupan Terubah: Pada Tahun BaruSampel

Living Changed: In the New Year

HARI 4 DARIPADA 4

Membawa Perubahan dengan Kurnia Anda 

Tahun baru menjelang. Rekod bersih di hadapan anda dan ada kemungkinan yang tidak terhad. Setahun daripada sekarang, semasa anda mengenang beberapa bulan ini, apakah yang ingin dilihat? Adakah anda ingin melihat bahawa anda telah membawa perubahan dalam dunia ini dan dalam Kerajaan Allah?

Sedar atau tidak, Allah telah menempatkan perkara tertentu sepanjang jalan anda dan memberikan anda peluang untuk mengukuhkan kemahiran yang berbeza, supaya Dia dapat menyediakan anda untuk tujuan anda.  

Setiap pengalaman hidup anda menjadikan anda unik. Fikirlah tentang bakat semula jadi yang telah diberikan oleh Allah kepada anda, peluang berbeza yang dihadapi, dan kemahiran yang diperoleh. Fikirlah tentang tempat anda membesar, tempat yang dikunjungi, hal yang dipelajari. Mungkin anda memahami budaya yang berbeza dan dapat mengaitkan diri dengan orang di seluruh dunia, ataupun mungkin anda menghasilkan seni yang mengilhami dan menyentuh orang lain untuk bertindak. Pengalaman anda yang berbeza dalam hidup ini mungkin kelihatan tidak relevan secara berasingan, tetapi bersama-sama, pengalaman itu membawa anda ke arah sesuatu yang bermakna, yang dapat digunakan untuk memuliakan Allah. 

Kita memerhatikan ini dalam kitab Ester, yang bercerita tentang seorang perempuan Yahudi yang berkedudukan unik untuk menyelamatkan bangsanya daripada genosid besar-besaran. Meskipun sebagai isteri dan permaisuri Persia, Ester tidak memandang dirinya sebagai istimewa atau lebih penting dalam rancangan Allah berbanding orang lain. Ester hanya cuba sedaya upaya untuk hidup. Namun, disebabkan identitinya, tempat tinggalnya, zaman hayatnya, lingkungan pengaruhnya, dan kebijaksanaan yang telah diberikan oleh Allah kepadanya, Dia telah menggunakan Ester untuk menyelamatkan orang Israel daripada kematian.

Tidak diragui bahawa Allah telah memberikan anda kemahiran, bakat, pendidikan, kuasa kewangan, status, atau pengaruh yang tersendiri. Persoalannya ialah bagaimana anda akan menggunakannya. Anda tidak perlu melayani sepenuh masa untuk melakukan kerja Allah. Anda boleh bekerja untuk Allah dalam perniagaan atau di rumah, dengan banyak orang ataupun beberapa orang sahaja. Kebanyakan daripada kita tidaklah terkenal, tetapi kita mempunyai lingkungan pengaruh dan kurnia yang tersendiri yang diperlukan orang lingkungan pengaruh kita. 

Luangkan masa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana segala sesuatu yang telah diberikan oleh Dia kepada anda—semua kelebihan, sifat, ajaran, pengaruh, dan peruntukan yang tersendiri. Mintalah Dia untuk menunjukkan kepada anda bagaimana kurnia yang tersendiri itu melayakkan anda untuk tujuan anda dan bagaimana anda boleh menggunakannya untuk mengubah hidup serta keabadian orang lain pada tahun ini. Menjalani panggilan anda dan melayani orang lain akan membawa kepada tahun yang lebih memuaskan. 

Kami berdoa agar Allah telah menggunakan pelan ini untuk melayani hati anda.
Terokai Pelan Alkitab Living Changed yang lain
Ketahui Lebih Lanjut tentang Changed Women's Ministries 

Hari 3

Perihal Pelan

Living Changed: In the New Year

Setiap Tahun Baru disertai peluang baru untuk permulaan yang baru. Jangan membiarkan tahun ini menjadi setahun lagi yang bermula dengan matlamat yang tidak dapat dicapai. Pelan 4 hari ini akan memimpin anda membuat renungan dan memberikan anda perspektif yang baru supaya anda boleh menjadikan tahun ini tahun anda yang terbaik setakat ini.

More

Kami bersyukur kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.changedokc.com