Kehidupan Terubah: Pada Tahun BaruSampel

Living Changed: In the New Year

HARI 3 DARIPADA 4

Tahun Baru, Label Baru

Setiap tahun, kita dihujani trend cepat sihat sementara dan petua menjadi "diri yang baru" pada Tahun Baru. Memanglah meletihkan untuk cuba mereka semula diri setiap Januari untuk mengikuti pandangan dunia tentang diri kita. Pengejaran dan pergelutan kita jarang menghasilkan penerimaan atau kepuasan. Sebaliknya, orang memberikan kita label yang baru yang hanya membuat kita meragui identiti kita.

Tiada orang yang suka dilabel. Ini disebabkan label sering kalinya terlalu umum, terbatas, dan tidak tepat. Label disertai tanggapan, yang mungkin sangat negatif, dan kerap menyorotkan sifat paling buruk atau kesalahan terbesar kita. Label tidak meninggalkan ruang untuk perbezaan, pertumbuhan atau penebusan. 

Kita semua memakai label, sama ada kita mempercayai label yang diberikan oleh orang lain ataupun diberikan oleh kita sendiri atau tidak. Terlalu kerap, kita membenarkan label tersebut untuk membataskan kita dan memberitahu kita adalah tidak memadai. Cuma. Kita menambahkan perkataan yang kecil namun penting ini semasa menggambarkan diri dan membenarkan label itu untuk menghilangkan kelayakan kita. Anda mungkin pernah dengar banyak orang mengatakannya, mungkin anda mengatakannya sendiri. "Saya cuma pelajar sekolah menengah" atau "Saya cuma seorang penagih.” 

Sebenarnya, anda bukanlah usia anda, status pekerjaan anda, diagnosis anda, status perkahwinan anda, pergelutan anda, atau masa silam anda. Label tersebut mungkinlah penerang situasi anda, musim anda, atau dugaan anda, tetapi identiti sebenar anda terletak dalam Allah yang mengatakan anda ialah diri anda dan tiada yang lain.

Anda indah, berupaya, dan berharga. Anda ialah ciptaan baru di dalam Kristus. Anda tidak diberikan roh ketakutan, tetapi kuasa, kasih dan tatatertib. Anda lebih daripada para penakluk melalui Kristus yang menguatkan anda. Anda telah dicipta dengan sengaja untuk suatu tujuan. Anda dikasihi. Anda terpilih. Anda adalah cukup.

Fikirlah tentang label yang telah diterima oleh anda pada tahun lalu dan sepanjang hidup anda. Berapa label tersebut bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Allah tentang anda dalam Alkitab? Kenal pasti lingkungan hidup anda yang membuat anda rasa malu, tidak yakin, atau takut jika diketahui oleh orang lain. Mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda label yang membebani anda dan mintalah Dia untuk menolong anda untuk mengikisnya. Benarkan Allah untuk membantu anda menjajarkan identiti anda dengan kebenaran alkitabiah supaya anda boleh menjalani tahun ini, dari segala segi, sebagai anak Allah.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Living Changed: In the New Year

Setiap Tahun Baru disertai peluang baru untuk permulaan yang baru. Jangan membiarkan tahun ini menjadi setahun lagi yang bermula dengan matlamat yang tidak dapat dicapai. Pelan 4 hari ini akan memimpin anda membuat renungan dan memberikan anda perspektif yang baru supaya anda boleh menjadikan tahun ini tahun anda yang terbaik setakat ini.

More

Kami bersyukur kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.changedokc.com