Sabat - Hidup Berdasarkan Ritma AllahSampel
HARI SABAT DAN HARAPAN
RENUNGAN
"Saya tidak sabar untuk bersara," teman sebilik saya yang lebih muda kerap bercakap separuh bergurau, separuh serius, walaupun ia masih perlu bekerja selama beberapa dekad lagi sebelum impiannya itu terkabul. Ada kalanya "Daulat persaraan!" mendefinisikan sikap kita semasa kita berfikir tentang rehat yang telah dijanjikan kepada kita semasa kita menyerahkan hidup kita kepada Allah, Tanah Perjanjian yang menantikan kita selepas kematian. Tanah itu kelihatan agak jauh apabila kita berfikir tentang perjalanan yang meletihkan di padang gurun.
Walau bagaimanapun, penulis Surat kepada orang Ibrani mendesak kita untuk mendapat rehat-Nya sekarang juga (Ibrani 4:11). Sesungguhnya ada rehat untuk umat Allah (Ibrani 4:9), "maknanya ada rehat rohani yang diberikan kepada kami oleh Allah" (Johannes Calvin). Oleh itu, ada serba sedikit hari Sabat yang sudah tersedia kepada kita sebagai previu apa yang bakal terjadi dan akan berterusan serta bertambah sepuluh kali ganda dalam keabadian yang dijanjikan.
Dalam Ibrani 4, "rehat" merujuk kepada tempat yang dijanjikan pada masa akan datang, sebuah tanah yang indah dan selamat untuk umat Allah, di samping keadaan semasa yang berkaitan dengan rehat yang telah dicipta oleh Allah selepas menyelesaikan penciptaan-Nya dan perayaan kerja-Nya. Ia ialah Tanah Perjanjian yang berlimpah-limpah susu dan madu dan juga waktu kegembiraan bersama yang amat sangat dalam hadirat Allah. Suatu hari nanti, kita akan sampai ke penghujung perjalanan kita, seperti umat Allah sampai ke Tanah Kanaan. Namun, bermula daripada hari ini terutamanya pada hari ini, kita dijemput untuk merasai rehat ini dan berbalik kepada Allah untuk mengagumi kemuliaan-Nya, untuk diingatkan tentang kerja-Nya dan untuk mempercayai-Nya. Yang kedua adalah penting kerana penulis kitab Ibrani mengingatkan pembacanya bahawa seperti orang Israel yang terlepas peluang mereka untuk memasuki Tanah Perjanjian di Kades-Barnea, kita juga boleh terlepas peluang kita jika kita mengeraskan hati kita. Dengan mempercayai Allah dan memilih untuk berbuat demikian hari demi hari, rehat Sabat akan mengiringi anda bermula daripada hari ini sehingga ia menjelma menjadi bentuk sebenarnya dalam hadirat abadi-Nya.
Semoga-moga kita tidak jahil dalam penyembahan kita, tetapi marilah kita menyembah Allah dalam Roh dan dalam kebenaran. Bacalah Alkitab dan mendengar suara Allah. Bacalah Alkitab dan melihat Yesus. Bacalah Alkitab dan menerima kuasa Roh Kudus.
SOALAN RENUNGAN
- Apakah maksud rehat rohani kepada saya?
- Bagaimanakah waktu Sabat saya memupuk harapan saya?
- Adakah aspek kehidupan saya yang membuat saya mengeraskan hati saya?
TOPIK DOA
- Kita berdoa agar Allah memberikan kita rehat sekarang ini.
- Kita mendoakan pengampunan kerana waktu kita membiarkan hati kita menjadi keras dan menjauhi Allah.
- Kita mendoakan pengampunan dan janji-Nya untuk memberikan kita akses ke Tanah Perjanjian, suatu tempat rehat di mana Dia akan menghabiskan keabadian bersama dengan kita.
- Kita mendoakan pertolongan untuk saling menggalakkan satu sama lain agar menjadi teladan kesetiaan yang baik kepada generasi seterusnya.
DOA YANG DICADANGKAN
Bapa, saya mempercayai-Mu, walaupun saya berada di tanah gurun, kerana saya menyedari bahawa Engkau akan memimpin saya ke arah rehat-Mu, ke dalam hadirat mulia-Mu yang selamat. Saya ingin hidup dalam hadirat-Mu dan menerima harapan ini serta rehat Sabat setiap hari. Amin.
Michael Mutzner, Wakil Tetap PBB di Geneva, World Evangelical Alliance, Switzerland.
Kitab
Perihal Pelan
Evangelical Alliance Week of Prayer (WOP) merupakan inisiatif seluruh dunia tetapi diamalkan sebahagian besarnya di Eropah, dengan bahan yang disediakan oleh European Evangelical Alliance. WOP 2022 bertemakan "Sabat". Sepanjang lapan hari, pembaca dijemput untuk menumpukan perhatian pada satu aspek Sabat: identiti, peruntukan, rehat, belas kasihan, peringatan, sukacita, kemurahan hati, dan harapan. Kami berdoa agar bahan ini membantu anda untuk menemui (semula) hidup berasaskan ritma Allah!
More