Sabat - Hidup Berdasarkan Ritma AllahSampel

Sabbath - Living According to God's Rhythm

HARI 7 DARIPADA 8

HARI SABAT DAN KEMURAHAN HATI  

RENUNGAN

Kita menginginkan kekudusan dan kesempurnaan. Kita menginginkan hidup yang dipenuhi kebaikan dan menginginkan masyarakat yang "dalam keadaan baik", dunia yang ideal. Perintah hari Sabat merangkumi lebih daripada arahan mengambil sehari cuti setiap minggu. Dengan panggilan meraikan tahun Pembebasan, Allah memberikan umat terpilih-Nya bayangan kekudusan abadi – bayangan Sabat abadi. 

Kitab Musa dan Perjanjian Baru berbincang tentang hari Sabat dan tahun Pembebasan sebagai cara mengekalkan kemurahan hati, keadilan, dan pemulihan dalam kalangan umat Allah. Setiap keluarga suku bergantung pada pemilikan kawasan tanah yang mencukupi untuk menyara setiap anggota komuniti. 

Dari satu segi, perintah hari Sabat menyokong kita sebagai seseorang individu. Ini membantu kita menemui rehat daripada kerja dan menemui masa untuk menyembah Allah, sementara pada masa yang sama kerja kita menampung keperluan harian kita. Walau bagaimanapun, lebih daripada membantu kita sebagai individu, perintah hari Sabat menumpukan perhatian pada kehidupan sebagai komuniti. Perintah tersebut menunjukkan sifat Allah dan bagaimana kita sebagai manusia – dan terutamanya sebagai orang Kristian – telah dicipta untuk hidup dalam komuniti. Kehidupan berkongsi kita harus disifatkan oleh kemurahan hati sebagai simbol kasih kurnia Allah, yang telah dialami oleh kita sendiri. Hidup kita harus disifatkan oleh keadilan, yang kita tunjukkan kepada orang lain kerana Allah ialah Allah yang adil. Hidup kita harus disifatkan oleh pemulihan, dengan membantu orang di sekeliling kita mengambil tempat mereka dalam masyarakat dengan bermaruah. Dewasa ini, ini tidak semestinya bermaksud kita perlu memiliki tanah. Sebaliknya, kita boleh mengabdikan diri untuk menyokong orang lain mendapatkan pekerjaan, memiliki ruang kehidupan yang baik dan kehidupan sosial yang sihat. 

Dalam dunia kita yang diglobalisasikan, jiran kita termasuk orang yang hidup di seluruh dunia ini. Kita terpaksa mempertimbangkan akibat ekologi gaya hidup kita. Apabila kita menghormati dan menjaga sumber semula jadi dan iklim, kita membolehkan hidup dan hari Sabat di Afrika, Asia, dan seluruh dunia. Kemurahan hati tidak mengenal batasan geografi.

SOALAN RENUNGAN  

  • Pernahkah saya mengalami kemurahan hati, keadilan, atau pemulihan melalui orang lain?  
  • Apakah yang kita pelajari tentang Allah apabila orang bersifat murah hati, menentang ketidakadilan, dan membantu memulihkan maruah orang lain?  
  • Bagaimanakah saya boleh mengalami perintah hari Sabat –selain daripada berehat– sebagai peluang untuk keadilan sosial?   
  • Dalam lingkungan hidup saya yang manakah saya boleh mengamalkan kemurahan hati dalam cara yang baru? 

TOPIK DOA  

  • Kita berdoa untuk orang yang mengalami ketidakadilan yang teruk.  
  • Kita berdoa untuk orang terpinggir yang ingin hidup dengan bermaruah.  
  • Kita berdoa agar gereja akan mencerminkan kemurahan hati dan keadilan Allah.  
  • Tuhan, tunjukkan bagaimana saya boleh berkongsi keadilan dan kemurahan hati-Mu dalam kehidupan harian saya.

DOA YANG DICADANGKAN 

Bapa di syurga, terima kasih kerana kemurahan hati-Mu yang tidak terhingga kepada kami. Ini memuncak dalam pengutusan Anak-Mu untuk mati demi kami. Dia bukan sahaja menunjukkan kasih kurnia dan keadilan-Mu melalui hidup-Nya di dunia ini, malah Dia memungkinkan kami untuk menerima kasih kurnia dan keadilan-Mu dengan kematian-Nya di salib dan kebangkitan-Nya pada hari Paskah. 

Berikan kami kebijaksanaan dan kuasa melalui Roh Kudus untuk menjalankan hidup yang murah hati dan adil. Bantulah kami untuk menjaga ciptaan-Mu kerana kami telah dicipta menurut rupa gambar-Mu. Berikan kami mata untuk melihat golongan yang memerlukan pemulihan supaya kami boleh menjadi saluran kasih-Mu sekarang ini. Amin.


Marc Jost, Setiausaha Agung Swiss Evangelical Alliance (bahagian berbahasa Jerman), Switzerland.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Sabbath - Living According to God's Rhythm

Evangelical Alliance Week of Prayer (WOP) merupakan inisiatif seluruh dunia tetapi diamalkan sebahagian besarnya di Eropah, dengan bahan yang disediakan oleh European Evangelical Alliance. WOP 2022 bertemakan "Sabat". Sepanjang lapan hari, pembaca dijemput untuk menumpukan perhatian pada satu aspek Sabat: identiti, peruntukan, rehat, belas kasihan, peringatan, sukacita, kemurahan hati, dan harapan. Kami berdoa agar bahan ini membantu anda untuk menemui (semula) hidup berasaskan ritma Allah!

More

Kami berterima kasih kepada European Evangelical Alliance kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.europeanea.org