Mengapakah Yesus DilahirkanSampel
Bersinar
Cahaya ini bersinar dalam kegelapan. (Yohanes 1:5)
Kita sudah melihat bagaimana Markus memperkenalkan "Permulaan injil" kepada kita. Hari ini, Yohanes membawa kita kepada permulaan muktamad dengan membuka dengan kata-kata yang sama daripada Kejadian: "Pada permulaan." Walaupun Yohanes tidak mengandungi sebarang naratif tentang kelahiran Yesus, ia memberikan kita konteks yang muktamad bagi kelahiran itu dengan meluaskan perspektif kita seluas kosmos.
Yohanes bercakap tentang "Firman" Allah. Dalam bahasa Yunani, ini ialah perkataan Logos. Logos bagi orang Yunani ialah prinsip pengaturan yang terutama. Di sini, Yohanes menggunakan idea itu, dengan satu perubahan yang amat penting. Logos yang sebenar bukanlah kuasa kosmos yang tidak jelas. Ia ialah Anak Allah yang menjelma menjadi manusia kemudiannya sebagai Yesus dari Nasaret.
Dalam Kejadian 1 kita membaca “Hendaklah ada cahaya . . . Hendaklah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan . . . Hendaklah air dipenuhi berjenis-jenis makhluk hidup . . .” Anak Allah yang berfirman semua ini. Bapa, Anak, dan Roh Kudus aktif dalam penciptaan alam semesta, tetapi Logos—Firman—Allah ialah Dia yang memerintah.
Dialah Hidup kosmos. Dialah Cahaya yang bersinar. Dalam komentarinya The Gospel of John, Frederick Dale Bruner menegaskan kala kini kata kerja itu: Cahaya itu masih bersinar. Ini berterusan. Ini tidak akan berhenti. Kegelapan kejahatan tidak mungkin memadamkannya. Ada kalanya kegelapan dunia ini kelihatan menenggelamkan. Namun, injil memberitahu kita Cahaya ini tiada tandingnya!
Kitab
Perihal Pelan
Mengapakah Yesus dilahirkan? Ini mungkin kedengaran seperti soalan yang mudah, terlalu biasa untuk difikirkan. Namun, semasa anda bersiap sedia untuk hari Krismas tahun ini, luangkan masa untuk merenungi makna mendalam dan tujuan kelahiran Yesus bagi kehidupan anda, dan bagi seluruh dunia ini. Siri 5 hari ini ditulis oleh Scott Hoezee, dan merupakan petikan daripada renungan harian Words of Hope.
More