Mengapakah Yesus DilahirkanSampel
Bagimu
Pada malam ini di kota Daud telah lahir . . . seorang Penyelamat bagimu. (Lukas 2:11)
Tiga puluh tahun lalu pada bulan ini, anak perempuan kami telah dilahirkan. Saya merupakan seorang pastor dan disebabkan kelahiran ini berlaku pada waktu dinihari Ahad, seorang pesara pastor menggantikan saya untuk berkhutbah. Pada permulaan kebaktian, pengumuman telah dibuat: “Rev. Hoezee dan Rosemary menimang anak perempuan pagi ini.” Tidakkah aneh jika ia mengumumkan kepada jemaah, "Pada pagi ini telah lahir seorang anak bagimu"? Anak perempuan kami dilahirkan bagi isteri saya dan saya. Namun, ia tidak dilahirkan "bagi" seluruh gereja, atau orang yang lain.
Walau bagaimanapun, itulah yang dikatakan oleh malaikat kepada gembala yang ketakutan: telah lahir seorang Penyelamat "bagimu". Masuk akalkah? Itu ialah bayi Maria dan Yusuf juga (meskipun tidak melalui cara yang biasa). Itu bukan bayi gembala. Mereka tidak menukar lampin bayi itu. Mereka tidak memberi makan kepada anak itu atau mengasuhnya. Mereka akan melawat bayi itu kemudian kembali kepada kawanan domba mereka.
Kecuali Yesus bukanlah bayi yang biasa. Dia datang untuk semua orang. Dia telah dilahirkan bagi kita semua. Dia bukanlah bayi gembala tersebut, tetapi Dia ialah Penyelamat mereka. Dia datang untuk mereka, walaupun mereka rendah, dihina dan terpinggir pada zaman itu. "Bagimu." Kita mudah memandang perkataan itu sepintas lalu. Namun, perkataan itu merangkumi inti injil!
Kitab
Perihal Pelan
Mengapakah Yesus dilahirkan? Ini mungkin kedengaran seperti soalan yang mudah, terlalu biasa untuk difikirkan. Namun, semasa anda bersiap sedia untuk hari Krismas tahun ini, luangkan masa untuk merenungi makna mendalam dan tujuan kelahiran Yesus bagi kehidupan anda, dan bagi seluruh dunia ini. Siri 5 hari ini ditulis oleh Scott Hoezee, dan merupakan petikan daripada renungan harian Words of Hope.
More