Jangan Tersinggung Sampel
Hidup Tanpa Rasa Tersinggung
Dalam hidup ini, sentiasa ada sesuatu yang menyinggung perasaan anda. Sama ada tajuk berita yang memecahbelahkan, pendapat yang berbeza, atau kemalangan trafik yang kecil, kita mungkin mempunyai berjuta-juta sebab untuk rasa tersinggung setiap hari.
Walau bagaimanapun, seperti yang kerap dikatakan oleh Pastor Craig, “Rasa tersinggung tidak dapat dielakkan. Hidup tersinggung ialah satu pilihan.”
Fikirlah kali terakhir anda rasa tersinggung. Adakah ia melegakan anda? Ataupun, adakah ia membuat anda rasa pahit?
Begini: Hati yang dipenuhi kemarahan tidak menghasilkan hidup yang dipenuhi kedamaian.
Seperti yang telah dibincangkan pada hari pertama, ada kalanya kemarahan kita ialah hasil kebanggaan kita. Apabila itu berlaku, kita perlu bertaubat dan mengingati bahawa Yesus tidak memanggil kita supaya menjadi betul—Dia memanggil kita untuk saling mengasihi. Itu tidak bermakna kita tidak mengendahkan kebenaran Allah atau mengelakkan daripada membentuk pendapat. Walau bagaimanapun, ia bermakna kita memilih untuk dikenali kerana kasih kita, bukan kerana pendirian kita.
Memanglah mudah untuk berfikir bahawa dunia ini telah menjadi lebih berbelah bagi daripada sebelumnya, menjadikannya sukar untuk hidup sebagai orang yang tidak tersinggung. Namun, kita selalu ada sebab untuk rasa tersinggung, dan murid-murid Yesus tidak terkecuali.
Yesus memilih 12 orang murid daripada latar belakang, pekerjaan, dan pandangan politik yang amat berbeza, dan mereka saling mengasihi. Sudah pasti, mereka berselisih faham—seperti semasa mereka berdebat tentang siapa yang akan menjadi yang terutama atau yang paling penting—tetapi mereka tetap bersatu berkenaan misi mereka meskipun percanggahan pendapat mereka.
Matius turut menyatakan hal ini semasa ia menggambarkan Yesus memanggil murid-murid-Nya. Ia memastikan ia menyatakan pekerjaannya—pemungut cukai—dan memanggil Simon, "Si Patriot.”
Simon, sebagai seorang Patriot, tergolong dalam kumpulan yang bertekad untuk menggulingkan kerajaan Roma. Sementara itu, Matius bekerja untuk kerajaan. Sungguhpun kedudukan yang berbeza itu, dua orang ini ialah kawan. Mereka melayani bersama-sama. Mereka makan bersama-sama. Mereka hidup bersama-sama.
Kita boleh belajar daripada contoh mereka. Kita tidak perlu bersetuju tentang semua perkara demi mengasihi. Memilih untuk mengetepikan perbezaan kita membenarkan kita untuk membuat perbezaan.
Oleh itu, apakah dendam yang perlu anda hilangkan?
Apakah luka hati yang perlu anda tinggalkan?
Apakah kemarahan yang perlu anda lepaskan?
Setiap minit yang anda habiskan untuk berasa marah ialah seminit sukacita dan kedamaian yang hilang. Maka, sudah tiba masanya untuk berserah. Sudah tiba masanya untuk hidup TIDAK Tersinggung.
Doa: Allah, tolonglah saya untuk memandang orang lain sebagaimana Engkau memandang mereka. Tunjukkanlah kepada saya apa-apa perasaan tersinggung atau kemarahan yang saya perlu lepaskan, dan tolonglah saya untuk menyerahkan semuanya kepada-Mu. Saya tidak mahu berasa tersinggung, marah, geram, atau pahit lagi. Sebaliknya, penuhilah saya dengan sukacita, kedamaian, dan kasih-Mu. Dalam nama Yesus, amin.
Ketahui lebih lanjut tentang menangani rasa tersinggung dalam siri mesej Pastor Craig, No Offense.
Perihal Pelan
Daripada tajuk berita yang terkini kepada komen media sosial, terdapat banyak peluang untuk berasa tersinggung setiap hari. Namun, bagaimana kalau kita memutuskan untuk memberikan respons yang berbeza? Dalam Pelan Alkitab 7 hari ini, bersama dengan siri mesej Pastor Craig Groeschel, No Offense, kita akan membongkar cara menyerahkan kemarahan yang menahan kita dan menahan orang lain sebagai tebusan.
More