Jangan Tersinggung Sampel

No Offense

HARI 6 DARIPADA 7

Seronok Kerana Salah 

Kebanyakan daripada kita seronok kerana betul. Namun, bagaimana kalau kita perlu belajar seronok kerana salah? 

Berfikir tentang ini. Apabila kita yakin bahawa perspektif kita adalah betul, kita tidak terbuka untuk mendengar orang lain atau belajar daripada orang lain. Walau bagaimanapun, kita sering bertumbuh dengan banyak sekali semasa berhadapan dengan maklumat yang baru atau sudut pandangan yang baru.

Kita melihat ini berlangsung dalam Lukas 10 apabila Yesus melawat Maria dan Marta. Marta sibuk membersih, memasak, dan bersiap sedia untuk lawatan Penyelamat dunia. Sementara itu, saudarinya Maria memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi kepada Yesus, mendengar-Nya dan menghabiskan masa bersama dengan Dia—tidak menolong persediaan itu. 

Marta berasa jengkel, dan tidak lama selepas itu, ia menghampiri Yesus dan berkata: 

… “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!” Lukas 10:40 BM 

Marta berasa yakin bahawa ia betul, dan kemarahannya menyokong tanggapannya. Pada asasnya, ia melakukan semua kerja, dan Maria cuma duduk-duduk saja. Tentu Yesus akan melaksanakan keadilan dan menegur Maria, bukan? 

Salah. 

Yesus memandang Marta dan membalas: 

“Marta, Marta … Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara, tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.” Lukas 10:41-42 BM

Ketika Marta sedang marah, ia tidak menyedari bahawa ia salah. Ia melaksanakan sesuatu yang tidak betul-betul penting, sementara orang yang dimarahinya melakukan perkara yang betul. 

Sering kali, demikian jugalah benar tentang kita. 

Kita meyakinkan diri bahawa kitalah yang betul dan orang lain salah, jadi kita adalah lebih baik dan mereka perlu menyedarinya. Namun, perspektif kita kerapnya tidak lengkap. 

Apabila kita meluangkan masa untuk betul-betul mendengar orang lain dan mendengar Allah, kita akan mendapat tahu bahawa sebenarnya kita salah—ataupun ia mungkinlah tidak sejelas yang kita fikirkan. 

Apabila berdepan dengan maklumat yang baru, kita mempunyai pilihan. Kita boleh menjadi lebih marah kerana kita salah. Atau, kita boleh seronok kerana salah, memilih untuk bersyukur kerana peluang untuk belajar dan bertumbuh.

Oleh itu, lain kali anda menghadapi pandangan yang tidak disetujui, amalkan penetapan minda pertumbuhan. Daripada menjadi marah atau merangsang kebanggaan anda, fikirlah mengapa orang lain memiliki perspektif itu. 

Mendengar untuk memahami mungkin tidak mengubah fikiran anda, tetapi ia boleh mengembangkan hati anda. Maka, daripada mengetepikan atau mengkritik pandangan orang lain, pilihlah untuk menunjukkan empati dan menikmati kenyataan bahawa kita tidak selalunya betul, tetapi kita boleh sentiasa memilih untuk menunjukkan kasih.

Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau telah memberikan kami perspektif yang tersendiri. Kami memerlukan satu sama lain. Tunjukkanlah kepada saya lingkungan di mana saya telah membenarkan kebanggaan saya untuk membutakan saya, dan berilah saya kerendahan hati dan empati yang lebih besar terhadap orang lain. Tolonglah saya untuk memilih perspektif pertumbuhan, dan berilah saya kebijaksanaan untuk berseronok semasa saya salah supaya saya boleh lebih bergantung pada-Mu dan orang lain. Dalam nama Yesus, amin. 

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

No Offense

Daripada tajuk berita yang terkini kepada komen media sosial, terdapat banyak peluang untuk berasa tersinggung setiap hari. Namun, bagaimana kalau kita memutuskan untuk memberikan respons yang berbeza? Dalam Pelan Alkitab 7 hari ini, bersama dengan siri mesej Pastor Craig Groeschel, No Offense, kita akan membongkar cara menyerahkan kemarahan yang menahan kita dan menahan orang lain sebagai tebusan.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/