Hari ValentineSampel
TENANG BERDIAM
“TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu
seperti kesateria pembawa kemenangan.
Dengan penuh sukacita Dia akan bergirang kerana engkau,
dan tenang berdiam kerana kasih-Nya.
Dengan sorak-sorai Dia akan bergembira kerana engkau.”
- Zefanya 3:17 AVB
Petikan ini dipenuhi kebenaran yang kuat yang dapat dikaitkan hari ini dan pada masa akan datang. Sepanjang beberapa hari lalu, kami sudah melihat bagaimana Allah ingin memberikan kasih besar-Nya kepada kita dan mendekatkan kita dengan hati-Nya. Hari ini, kami membincangkan beberapa kebenaran lain yang mewakili hati-Nya juga, daripada petikan di atas. Kami akan menumpukan perhatian pada banyak perkara, tetapi saya ingin mengalihkan perhatian anda kepada frasa “tenang berdiam kerana kasih-Nya.”
Walau apa pun yang pernah anda katakan atau lakukan, pengampunan ialah kunci untuk bergerak maju dalam hidup. Walau bagaimanapun, bagi banyak orang, keupayaan memaafkan diri ataupun orang lain menjadi batasan, halangan dan akhirnya perencat perkembangan. Apabila kita memilih untuk memaafi, Allah memilih untuk melupakan. Dia membersihkan rekod dan memutuskan untuk tidak lagi mengingati dosa kita.
Allah, Yang Maha Kuasa, mahu anda tenang berdiam kerana kasih-Nya, tetapi adakah apa-apa yang menghalang anda daripada menerima kasih-Nya? Adakah musuh menuduh anda berulang kali dengan kesilapan atau dosa lalu anda? Alkitab mengatakan jika anda mengakui dosa anda dan memohon pengampunan, anda akan diampunkan. Penuduh mungkin cuba menuduh anda dan mengingatkan anda tentang masa silam anda, tetapi Bapa syurgawi anda memilih untuk menyelimuti anda dengan kasih tenang-Nya dan tidak menyebut lagi tentang dosa atau kesilapan lalu anda. Selimut kasih ini melitupi dan melindungi; selimut ini memberikan keselamatan dan perlindungan daripada tuduhan tentang masa silam anda. Frasa “tenang berdiam kerana kasih-Nya” boleh memaksudkan ‘Dia akan mengganti dan menenangkan semua ketakutan anda.’
Benarkan pengesahan kebenaran-Nya untuk menenangkan semua ketakutan anda. Jika anda berhenti dan mendengar, anda akan mendengar Dia “sorak-sorai bergembira kerana engkau.” Hari ini, berharaplah dalam pengetahuan bahawa Dia mengasihi anda dan betul-betul inginkan hal yang terbaik bagi anda!
Berdoalah bersama dengan saya:
Bapa,
Terima kasih kerana kasih-Mu dapat menenangkan dan mendiamkan saya. Terima kasih kerana Engkau mengenal saya dan tidak mengingati dosa atau kesalahan saya lagi. Saya bersyukur kepada-Mu hari ini dan berbesar hati kerana Engkau telah memanggil saya anak-Mu.
Dalam nama Yesus, amin.
Untuk melihat renungan CBN Europe yang lain, atau ketahui lebih lanjut tentang pelayanannya, klik di sini.
Kitab
Perihal Pelan
Hari Valentine mungkinlah masa yang rumit bagi sesetengah daripada kita. Kita mungkin bujang dan ingin berpacaran sekarang ini, oleh itu, masa ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Sepanjang tiga hari seterusnya, walau apa pun status hubungan anda, benarkan kami untuk menggalakkan hati anda dengan kasih Allah yang BESAR, TIDAK BERSYARAT, TENANG BERDIAM.
More