Hari ValentineSampel
TIDAK BERSYARAT
“….Aku mengasihi engkau dengan kasih yang kekal, sebab itu Aku menuntun engkau dengan kasih abadi.”
- Yeremia 31:3 AVB
Hari ini, dan pada setiap hari, anda dikasihi oleh Bapa syurgawi dengan kasih-Nya yang tidak bersyarat. Kasih-Nya abadi dan kekal selama-lamanya. Dia tetap setia, dan kasih abadi-Nya nyata melalui firman-Nya dan perbuatan-Nya. Kasih-Nya yang abadi merupakan ungkapan kasih dan kebaikan hati-Nya, yang kerap ditunjukkan kepada anak-Nya. Dia mengenal anda sebelum anda dibentuk. Sebelum anda menarik nafas pertama anda, Dia telah memilih untuk memberikan kasih-Nya kepada anda dan terus berbuat demikian.
Sebagaimana dua magnet dengan kutub yang bertentangan menarik antara satu sama lain, medan magnet menarik atau merapatkannya, menjadikan sukar untuk memisahkannya. Apabila kita mendekati-Nya dan membenarkan hati kita terbuka dan jujur di hadapan Dia, kasih-Nya menarik kita dan menanam dalam batin kita, melenyapkan setiap sakit hati dan ketakutan.
Tiada pengganti bagi ungkapan ikhlas dikasihi oleh Bapa syurgawi. Dikasihi dan diterima ialah kerinduan terdalam setiap orang. Dikenali dan dikasihi oleh Bapa yang sempurna, yang memihak kepada kita dan tidak menentang kita ialah senario yang ideal. Dia mahu kita untuk mengenal Dia dan berjalan mengikut jalan-Nya.
Doakan ini bersama dengan saya:
Bapa,
Saya bersyukur kepada-Mu kerana Engkau mengasihi saya dengan kasih abadi. Meskipun sebelum saya menarik nafas pertama saya, Engkau mengenal saya, dan setiap hari Engkau memilih untuk memberikan kasih-Mu kepada saya. Semoga setiap degupan jantung saya serentak dengan hati-Mu. Dekatkan saya kepada-Mu selalu agar saya mengetahui jalan-Mu. Tunjukkan bagaimana saya boleh mengasihi orang lain sebagaimana Engkau mengasihi mereka dan semoga hidup saya menunjukkan kebaikan dan kemurahan-Mu dalam tindakan dan kata-kata saya.
Dalam nama Yesus, amin.
Kitab
Perihal Pelan
Hari Valentine mungkinlah masa yang rumit bagi sesetengah daripada kita. Kita mungkin bujang dan ingin berpacaran sekarang ini, oleh itu, masa ini mungkin menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan. Sepanjang tiga hari seterusnya, walau apa pun status hubungan anda, benarkan kami untuk menggalakkan hati anda dengan kasih Allah yang BESAR, TIDAK BERSYARAT, TENANG BERDIAM.
More