Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 2 DARIPADA 30

Kehidupan kita bukan milik kita, namun Allah meletakkannya dalam tangan kita. Baca semula ayat yang pertama itu. Kehidupan kita bukan milik kita, namun Allah meletakkannya dalam tangan kita. Ia merupakan salah satu percanggahan kudus yang menyebabkan kita untuk memandang muka Allah dengan penuh azam dan kekaguman sepenuhnya.

Memang benar - anda merupakan hasil kerja Allah. Anda telah dicipta dalam Yesus Kristus untuk satu tujuan sahaja: untuk perbuatan baik yang telah dirancang secara khusus oleh Allah untuk anda dari awal dunia. Memang menjadi rancangan Allah bahawa anda menjalankan kehidupan yang telah dirancang-Nya dan diatur terlebih dahulu untuk manfaat anda. Namun, pilihan itu tetap bergantung kepada anda. Anda boleh memilih cara anda atau cara Allah.

Walaupun anda milik Allah kerana Dia telah mencipta anda dan mereka cipta satu kehidupan yang menakjubkan terlebih dahulu untuk anda, Dia masih meletakkan pilihan untuk kehidupan yang luar biasa itu dalam tangan anda. Salah satu contoh yang paling praktikal di mana kita memilih Allah atau memilih diri kita adalah dalam keutamaan emosi dan tabiat kita. Anda mesti menyerahkan hak anda untuk merungut dan memuncungkan bibir sebelum mendakap rancangan Allah untuk kehidupan anda, yang ditemui dalam buah Roh, dengan sepenuh hati. Anda telah dicipta untuk perbuatan baik dan bukannya perbuatan daging ataupun untuk pendapat emosi anda.

Perbuatan baik yang telah dirancang oleh Kristus untuk anda sebelum anda dilahirkan adalah lebih daripada membaca buku renungan atau mendengar lagu penyembahan. Perbuatan baik yang difikirkan Allah semasa Dia memikirkan anda adalah begitu mulia sehingga Dia mengisytiharkannya sepanjang zaman bahawa anda merupakan karya agung-Nya. Allah telah memerhatikan anda sejak awal dunia demi melakukan sesuatu yang luar biasa melalui kehidupan anda sehingga malaikat berasa kagum dan ingin melakukan perkara yang anda telah dicipta untuk lakukan!
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com